ARKIB

KATEGORI

Info

Maxim E-hailing perkenal fungsi “Auto”, mudahkan rakan-pemandu dan pengguna

Info

Views

Fungsi “Auto” merupakan ciri automatik bagi menerima tempahan untuk rakan-pemandu melalui aplikasi. Ia adalah sistem yang menghubungkan tempahan secara automatik bagi meneruskan perjalanan terus.

Sistem menganalisis pesanan yang diterima daripada aplikasi dan menawarkan rakan-pemandu dengan tempahan baharu yang berdekatan dengannya.

Jika pemandu sudah dalam perjalanan dengan penumpang, maka tugasan fungsi auto adalah untuk menawarkan mereka perjalanan seterusnya berhampiran titik akhir laluan semasa.

Dengan cara ini, pemandu akan dapat memenuhi pesanan satu demi satu, sepanjang rangkaian, dan bekerja dengan lebih cekap. Ia juga sangat mudah untuk rakan-pemandu dan pengguna.

Pemandu boleh menumpukan perhatian di jalan raya tanpa bimbang kehilangan tempahan seterusnya dan pengguna akan mendapat perjalanan terdekat mereka dengan lebih pantas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Justeru, kepuasan dari pihak pengguna juga meningkat baik dengan bilangan tempahan yang bertambah.
Selain itu, rakan-pemandu juga boleh memperolehi lebih banyak wang tambahan.

Jaminan tempahan yang berterusan akan membantu meningkatkan bilangan perjalanan, dan lebih menarik lagi, semua tempahan bersambung antara satu sama lain.

Seterusnya ialah mutu pemanduan dan penumpuan yang lebih baik apabila mereka tidak perlu menggunakan telefon dan mencari tempahan.

Maxim E-hailing juga memberi pilihan kepada rakan-pemandu apabila mereka mempunyai hak memilih. Sama ada mereka boleh memilih “Terima” “Menolak” atau mereka boleh menutup ciri tersebut.

Sistem ini berkongsi peluang kepada pemandu untuk memilih pilihan mereka sendiri, ini memberikan kesan yang lebih positif kepada mereka kerana ianya lebih mudah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bagi pengguna pula, ia memberi manfaat kepada mereka dengan memudahkan untuk mendapatkan tempahan kerana ianya terus bersambung dengan pemandu yang berada di sekitar jalan raya dan mendapatkan terus maklumat perjalanan.

Kadar tempoh menunggu juga semakin baik, kerana banyak pemandu menggunakan fungsi auto. Di samping itu, dengan ia juga boleh membantu pelanggan mendapatkan tempahan mereka dengan lebih pantas kerana pemandu tidak membuang masa mereka untuk memilih tempahan.

Ia berhubung secara automatik dengan pengguna dan jika tempahan itu jauh dari tempat teratas, masih ada pemandu yang akan menyambung dengan tempahan itu.

Pengarah Maxim E-hailing Malaysia, Mohd Hazwan, berkata, ramai pemandu memilih untuk menghidupkan sistem Auto bagi memperolehi lebih banyak pendapatan dan pada masa yang sama mendapat perjalanan yang berdekatan antara satu sama lain.

Rakan-pemandu, Yaw Mee Wei, pula berkata, perjalanan menjadi lebih selamat dan dia hanya membiarkan sistem menjalankan tugas untuk mencari tempahan, sekali gus memperolehi lebih banyak wang tambahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply