ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta ‘tersangkut’ di jambatan gantung gara-gara ‘terlalu leka’ tengok GPS

Tular

Views

Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya ‘tersangkut’ di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Insiden berlaku pada Isnin lalu apabila seorang penduduk dikenali sebagai Makun Inchan, 38, cuba menyeberangi jambatan tersebut yang merentasi Sungai Yom di Wiang Thong, Thailand.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dia nyata terkejut selepas mendapati kereta yang dipandu wanita berkenaan ‘tersangkut’ di atas jambatan sepanjang 120 meter (m) itu. Menurut Makun, kereta itu tersangkut sejauh 15m dan satu tayarnya tersepit di celah kayu jambatan.

Sejurus kemudian, Makun membuat laporan sebelum pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan wanita berumur 38 tahun itu daripada kereta sedan miliknya.

Difahamkan, pasukan penyelamat menggunakan dua traktor untuk menarik kereta mangsa dari jambatan tersebut. Menurut laporan The Thaiger, wanita itu telah memaklumkan bahawa dia pertama kali menjejakkan kaki di kawasan tersebut kerana mahu melawat rakannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Saya leka melihat GPS dan tidak sedar bahawa terdapat jambatan yang baharu. Saya fikir jambatan lama itu mampu menampung sebuah kereta sehinggalah kejadian itu berlaku.

“Saya rasa terkejut dan takut kereta saya akan jatuh ke dalam sungai. Saya keluar dari kereta untuk meminta bantuan penduduk tempatan.

“Saya bukannya orang tempatan dan tidak tahu jalan di sini. Saya harap pada masa akan datang, mereka akan letak papan tanda sebagai amaran untuk tidak menggunakan jambatan ini,” kata wanita berkenaan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Pattaya News

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply