ARKIB

KATEGORI

Buletin

HLYM lancar Yamaha Tenere 700 versi CKD, harga RM69,988

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya melancarkan motosikal kembara Yamaha Tenere 700 ke pasaran Malaysia. Model ini telah dipertontonkan semasa Karnival GenBlu Yamaha pada September tahun lalu.

Harga cadangan bagi model pemasangan tempatan (CKD) ini adalah RM69,988 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran. Hanya satu warna sahaja yang ditawarkan iaitu, Icon Blue.

Yamaha Tenere 700 CKD ini merupakan versi yang dinaik taraf dengan paparan meter TFT 5-inci yang disambungkan terus kepada telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dua pilihan tema paparan grafik boleh dipilih, iaitu Explorer dan Street. Selain itu, sistem ABSnya turut dipertingkatkan dengan tiga pilihan mod iaitu On, Rear Off dan ABS Off.

Penukar gearnya juga dilengkapi dengan aksesori quickshifter yang ditawarkan sebagai pilihan tambahan, dipasang terus dari kilang.

Ia dikuasakan oleh enjin DOHC 689 cc dua silinder sebaris sejukan cecair dengan sudut aci engkol 270° yang dipadankan bersama transmisi enam-kelajuan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rangkaian kuasa ini mampu menjana 72.4 kuasa kuda pada 9,000 rpm dan 68 Nm daya kilas pada 6,500 rpm. Rekaan tangki bahan apinya nampak lebih langsing dengan kapasiti 16 liter.

Ciri tunggangan off-roadnya turut dipertingkatkan dan ia kini dilengkapi fork jenis USD 43 mm boleh laras di hadapan, monoshock boleh laras di belakang, serta rim berbilang jejari bersaiz 21-inci di depan dan 18-inci di belakang.

Setiap pembelian Yamaha Tenere 700 CKD akan didatangkan dengan Kunci Cakera Yamaha berharga RM100 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply