ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda CX-8 dikemaskini – Pengenalan varian Skyactiv-G 2.5L Turbo, harga bermula dari RM177,674

Berita Tempatan

Views

Serentak dengan pengenalan iaitu Mazda MX-30 ke pasaran Malaysia, Bermaz Motor Trading Sdn Bhd melancarkan model Mazda CX-8 yang dikemaskini.

Mazda CX-8 kini ditawarkan dengan pilihan varian terbaharu iaitu 2.5L Turbo AWD High Plus yang merupakan varian andalan model berkenaan dengan tanda harga RM 212,225.40.

Tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue dan Jet Black termasuk dua warna baharu, Platinum Quartz dan Polymetal Gray.

Berikut adalah harga jualan Mazda CX-8 mengikut varian:

VarianMazda CX-8 baharu
Mazda CX-8 2.5L 2WD MidRM 177,674.40
Mazda CX-8 2.5L 2WD HighRM 183,452.40
Mazda CX-8 2.5L 2WD High PlusRM 197,553.40
Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD High PlusRM 212,225.40
Mazda CX-8 2.2L Diesel 2WD High PlusRM 204,758.80

Varian andalan ini dikuasakan oleh enjin Skyactiv-G 2.5 liter turbo yang menghasilkan 228 kuasa kuda pada 5,000 rpm dan 420 Nm daya kilas pada 2,000 rpm. Enjin ini digandingkan bersama transmisi automatik enam-kelajuan, Skyactiv-Drive menerusi pacuan semua roda (i-Activ AWD).

Mazda CX-8 2.5L Turbo ini mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 8.7 liter untuk setiap 100 km. Untuk varian yang bukan turbo, ia masih mengekalkan Skyactiv-G 2.5 liter aspirasi alami (NA) dengan output 192 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 258 Nm daya kilas pada 4,000 rpm.

Varian 2.2 liter SkyActiv-D pula masih mengekalkan enjin turbodiesel yang menjana 188 kuasa kuda pada 4,500 rpm dan 450 Nm daya kilas pada 2,000 rpm.

Dari segi penampilan luaran, model ini tampil dengan reka bentuk jeriji baharu untuk varian High Plus, kemasan gunmetal. Selain itu jejalur krom turut melingkari bahagian bawahnya dan rim aloi rekaan baharu bersaiz 19-inci.

Di ruang kabin, unit infohibur dengan skrin sentuh 8-inci kini didatangkan secara standard. Varian High dan ke atas menerima sambungan kepada Apple Carplay secara nirwayar termasuk pengecas Qi nirwayar.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Kesemua varian diberkan kemasan tempat duduk balutan secara standard, manakala varian High Plus mendapat kemasan kulit Nappa.

Dari segi keselamatan, Mazda CX-8 2022 didatangkan dengan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Kawalan Cengkaman (TCS), Lampu Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki, fungsi Auto Hold dan ISOFIX secara standard.

Varian 2.5 High hadir bersama sistem bantuan pemandu i-Activsense yang merangkumi AEB, pemantau titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.

Ciri tambahan terbaharu untuk varian High Plus pula adalah kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong dan sistem AEB dipertingkat yang turut berfungsi semasa mengundur.

Mazda CX-8 2022 didatangkan dengan waranti pengeluar selama 5-tahun atau 100,000km pertama (yang mana terdahulu) termasuk servis percuma selama 5-tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply