ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda MX-30 tiba di Malaysia! Dua varian, harga bermula dari RM198,780

Berita Tempatan

Views

Bermaz Motor Trading Sdn Bhd secara rasminya hari ini melancarkan model kenderaan elektrik (EV) sulung mereka, iaitu Mazda MX-30 ke pasaran Malaysia.

Unit yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu dijual pada harga bermula dari RM198,780 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans). Dua varian ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu versi Mid dan High.

Lima pilihan warna ditawarkan, tiga daripadanya adalah dwitona iaitu Polymetal Gray, Machine Gray, Soul Red Crystal (dengan bumbung hitam), Jet Black Mica (dengan tiang bumbung perak) dan Zircon Sand (dengan bumbung hitam).

Mazda MX-30 tampil dengan gaya reka bentuk ‘Kodo Design‘ yang diinspirasikan daripada model-model Mazda yang terdahulu dan dalam masa yang sama juga menyuntik beberapa elemen reka bentuk baharu.

Model ini dijana oleh trenkuasa elektrik, dikenali sebagai e-Skyactiv yang merangkumi motor elektrik tunggal 143 kuasa kuda dengan 271 Nm daya kilas. Ia digandingkan bersama transmisi kelajuan tunggal automatik dan pek bateri lithium-ion 35.5 kWh, yang mempunyai jarak tempuh sejauh 199 km untuk sekali cas penuh.

Ia turut menyokong pengecasan AC Type 2 6.6 kW dengan tempoh pengecasan penuh sehingga lima jam, manakala untuk pengecasan pantas DC CCS2 40 kW pula mampu mengecas sehingga 80 peratus kapasiti bateri dalam tempoh 36 minit.

Kelengkapan standard bagi Mazda MX-30 termasuklah G-Vectoring Plus (e-GVC Plus), lampu utama LED automatik, lampu siang LED (DRL), lampu belakang LED, penderia parkir, serta rim bersaiz 18 inci dengan tayar 215/55 R18.

Ruang dalaman Mazda MX-30 dilengkapi dengan paparan kelompok instrumen (TFT) LCD 7-inci, paparan unit infohibur Mazda Connect 8.8-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, sistem kawalan iklim dwizon automatik, paparan dongak (head-up), stereng kemasan kulit dengan paddle shifter dan brek parkir elektronik (EPB).

Varian MX-30 EV Mid dilengkapi dengan sistem audio lapan-pembesar suara, kerusi balutan fabrik, kerusi depan pelarasan enam-hala dan kamera undur.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Varian High didatangkan dengan 12-pembesar suara dengan sistem bunyi Bose. Selain itu, menerima kemasan kerusi gabungan fabrik dan kulit dengan larasan lumbar dua-hala dan bumbung suria berkuasa.

Dari aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Dinamik, Kawalan Cengkaman dan ISOFIX.

Mazda MX-30 dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu i-Activesense yang merangkumi AEB, fungsi Start/Go dengan kawalan jelajah adaptif, amaran tumpuan pemandu, pemantau titik buta, penderia lintasan trafik di belakang, bantuan kekal lorong, amaran keluar lorong.

Varian Mid didatangkan dengan lampu depan adaptif (AFS) dan kawalan suluhan lampu tinggi, manakala varian High dilengkapi lampu utama LED adaptif (ALH), amaran lintasan trafik depan serta sokongan jelajah dan trafik (CTS).

Mazda MX-30 kini dibuka untuk tempahan dan pelanggan boleh membuat pra-tempahan di bilik pameran Mazda Glenmarie Flagship.

Ia didatangkan dengan waranti pengeluar selama 5-tahun atau 100,000km pertama (yang mana terdahulu). Selain itu, liputan untuk waranti bateri adalah sehingga 8-tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply