Semasa ditemubual oleh Auto News baru-baru ini, ketua eksekutif Mazda, Masahiro Moro berkata pihaknya merancang untuk memperkenalkan tujuh atau lapan EV menjelang 2030 dan percaya ia akan menyumbang 25 hingga 40 peratus daripada jualan globalnya.
Mereka kini hanya diibaratkan sebagai “pengikut sengaja” dalam saingan kenderaan elektrik bateri (BEV) dan belum bersedia untuk melakukan peralihan sepenuhnya.
Di Amerika Syarikat, satu-satunya BEV yang dijual oleh Mazda ialah MX-30, namun ia akan dihentikan selepas tahun model 2023.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Ujar Moro, salah satu isu besar bagi pihaknya ialah permintaan tidak menentu. Tambah beliau, dalam pasaran semasa, realiti untuk elektrifikasi, khususnya untuk EV bateri adalah kadarnya tidak begitu tinggi.
Pada masa ini, pelanggan sedang mencari penyelesaian alternatif selain daripada EV bateri. EV masa depan Mazda akan dibangunkan dan dijual melalui bahagian e-Mazda baharu dan dibina di atas pelantar berskala.
Model baharu yang pertama sepatutnya dilancarkan antara 2025 dan 2027. Buat permulaan, mereka akan menumpukan pada crossover dengan pilihan rangkaian kuasa motor tunggal dan dwi-motor.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Walaubagaimanapun, Moro enggan mendedahkan butiran mengenai pek baterinya, tetapi syarikat itu telah memperoleh kontrak bekalan dengan Panasonic dan Envision AESC Japan.
Mazda juga mengadakan usaha sama pembangunan bateri dengan Toyota dan Panasonic, yang dikenali sebagai Prime Planet Energy & Solutions.
Mereka juga akan bergantung pada Toyota untuk mengurangkan pelaburan yang diperlukan untuk EVnya. Malah, sistem perisian elektronik dan automotif yang dibangunkan bersama Toyota juga akan digunakan dalam EV jenama itu bermula 2026.
Moro berkata, ini akan membolehkan mereka untuk menjimatkan kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada jumlah kos pelaburan, jika ia dibangunkan oleh mereka sendiri.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI