ARKIB

KATEGORI

BuletinTular

Pemandu Ford Ranger langgar motosikal dinaiki empat beranak ditahan

Tular

Views

Seorang pemandu pacuan empat roda yang memandu melulu sebelum melanggar empat sekeluarga menunggang motosikal di Lebuh Raya Besraya berhampiran persimpangan Puchong, di sini, ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian yang berlaku semalam telah menyebabkan penunggang motosikal dan anaknya cedera.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Katanya, sebelum ini pihaknya terkesan rakaman video papan pemuka kenderaan mengenai kejadian terbabit yang tular di media sosial.

Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun, manakala Ford Ranger dipandu lelaki berusia 21 tahun.

Tambah beliau, dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Menurut beliau, kedua-dua pihak membuat laporan polis mengenai kemalangan dan susulan itu pihaknya menahan pemandu Ford Ranger untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply