ARKIB

KATEGORI

Buletin

MB Johor lancar ujian perintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT)

Berita Tempatan

Views

Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad merasmikan sistem Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) yang memulakan ujian perintisnya  di Iskandar Puteri, hari ini. Sistem itu memulakan projek rintis bagi menguji keupayaan bas berkapasiti tinggi serta menggunakan teknologi hijau seiring dengan pemodenan sistem pengangkutan awam di negeri itu.

Beliau telah menyempurnakan gimik perasmian pelancaran projek tersebut sebelum meluangkan masa meninjau model skala Stesen IMBRT serta melihat tiga jenis bas untuk laluan perantara, terus dan utama sistem IMBRT daripada sembilan bas berteknologi hijau lain yang bakal diuji.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Beliau kemudiannya turut menaiki bas berkapasiti tinggi yang melalui Persiaran Puteri Selatan, Jalan Laksamana 1, Jalan Laksamana 2 dan Persiaran Dato’ Seri Amar sebelum berpatah balik ke lokasi permulaan. Ujian rintis tersebut bakal dilaksanakan selama tiga bulan, menggunakan bas berteknologi hijau berasaskan elektrik dan biodiesel daripada sembilan buah syarikat pengeluar bas tempatan dan antarabangsa.

IRDA serta agensi-agensi berkaitan akan turut menjalankan membuat penilaian, mengumpul maklum balas mengenai keberkesanan dan keselamatan bas serta mendapatkan kelulusan penggunaan sebenarnya kelak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata projek IMBRT penting bagi meningkatkan tahap mobiliti rakyat negeri itu.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Ujar beliau, perkhidmatannya akan memastikan sistem pengangkutan awam yang efisien, mudah dan mesra alam, meliputi kawasan yang luas. Beliau turut yakin ianya akan menjadi pemangkin pembangunan, tidak hanya bagi kawasan Iskandar Malaysia, tetapi bagi keseluruhan negeri Johor.

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim pula menegaskan infrastruktur pengangkutan awam yang efisien dan bersepadu penting bagi menarik pelaburan asing dan domestik, sekaligus meningkatkan daya tarikan ke koridor pembangunan itu. Katanya, projek IMBRT ini dijangka akan membuka sehingga 35,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Johor.

Projek tersebut telah mengenal pasti laluan perantara, terus dan utama yang akan menghubungkan kawasan seluas 2,043 kilometer atau kira-kira 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia. Apabila dilaksanakan sepenuhnya, IMBRT mampu menghubungkan 55 laluan perantara dan 44 laluan terus dengan laluan utama merangkumi 33 stesen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply