Pengilang Peralatan Asal (OEM), MCE Holdings Berhad (MCE) menerusi anak syarikatnya Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad telah berjaya memperoleh kontrak bernilai RM19.6 juta daripada Perodua untuk membekalkan komponen untuk kenderaan elektrik (EV) pertama syarikat tersebut.
Syarikat itu akan membekalkan pelbagai komponen antaranya unit paparan multimedia, kelompok panel instrumen, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), suis berfungsi, pencahayaan dalaman dan banyak lagi.
Kontrak selama tiga tahun itu akan bermula pada suku kedua tahun kewangan Kumpulan berakhir 31 Julai 2026.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan MCE, Dr Goh Kar Chun, MCE berbangga untuk menyokong Perodua dalam pencapaian penting ini dalam melancarkan EV nasional, dan turut berterima kasih kepada pengeluar kereta nasional kedua itu atas kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap syarikatnya.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Pencapaian ini adalah bukti bahawa syarikat itu boleh menembusi pasaran EV, yang mempunyai potensi besar, dan pihaknya optimis tentang peluang selanjutnya di hadapan.
Tambah beliau, pihaknya akan terus memperhalusi keupayaan kejuruteraan dan R&D untuk mendahului permintaan pelanggan.
Kemudahan tercanggihnya yang akan datang di Serendah, Hab Auto MCE pula menunjukkan komitmen syarikat terhadap inovasi. dan mereka kini bersedia untuk meneroka permintaan baharu dalam pasaran tempatan mahupun di luar negara.
Dengan pengumuman ini, besar kemungkinan Perodua akan memulakan pengeluaran massa model EV tersebut selewat-lewatnya pada suku keempat 2025.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pada bulai Mei lalu, Perodua telah mempamerkan prototaip EV pertamanya, yang dikenali sebagai ‘Myvi Conversion‘ di Malaysia Autoshow 2024.
Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia, manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.
Perodua dijangka akan mempamerkan sebuah model konsep EV bersempena dengan pameran Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) yang bakal berlangsung pada 5 hingga 11 Disember 2024 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI