ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery bakal perkenal Omoda E5, Tiggo 7 Pro tahun ini

Berita Tempatan

Views

Chery Auto Malaysia dijangka melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh (EV), Omoda E5 menjelang Mac ini, selain merancang memperkenalkan Tiggo 7 Pro pada suku kedua tahun ini.

Pengarah Produk Chery Auto Malaysia, Michael Chew, berkata pengenalan dua model baharu ke pasaran menjadi tawaran baharu yang boleh rakyat Malaysia nantikan pada 2024.

“Selain Omoda E5, Chery Auto Malaysia akan membawakan Tiggo 7 Pro yang akan ditawarkan pada harga lebih mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Chery Auto Malaysia turut menetapkan hala tuju dalam mengembangkan rangkaian pengedaran dan produk baharu jenama itu di pasaran Malaysia.

Menurut Chery Auto Malaysia, berikutan kejayaan pengenalan jenama itu pada pertengahan tahun lalu, kumpulan itu bersedia untuk mengukuhkan kehadirannya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan untuk pengguna Malaysia.

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, 2023 menjadi tahun yang menarik kepada jenama itu bermula sejak pelancaran produknya pada Julai sebelum kenderaan pertama diserahkan kepada pelanggan pada September.

Chery Auto Malaysia menjual lebih 4,500 unit tahun lalu, sambil menambah bahawa Chery juga menjalankan tinjauan kepuasan jualan daripada lebih 1,000 pelanggan yang telah memberikan markah yang sangat tinggi iaitu 94 daripada 100 kepada jenama itu.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Wen Hsiang berkata, walaupun terdapat banyak ulasan membabitkan penampilan Chery ketika mula memasuki Malaysia, namun tumpuan utama jenama berkenaan adalah untuk terus menyelesaikan isu pelanggan.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Rangkaian Chery Auto Malaysia, Soon Boon Ping berkata, jenama itu memiliki 32 cawangan yang beroperasi di seluruh Malaysia dengan tenaga kerja mencecah 550 kakitangan.

Menjelang akhir 2024, pihaknya berharap untuk memiliki sekurang-kurangnya 48 cawangan atau 70 peratus sebagai pusat 3S dan 4S.

Tambahnya, langkah strategik ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian pelanggan dan seterusnya mewujudkan kehadiran Chery di pelbagai wilayah di seluruh negara. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Chery Tiggo 7 Pro

Omoda E5

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply