ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mentol lampu LED retrofit HELLA kini di auto2u.my, dapatkan diskaun 25 peratus dengan hadiah percuma bernilai RM89!

Berita Tempatan

Views

Pengeluar teknologi pencahayaan terkemuka dari Jerman, HELLA baru-baru ini memperkenalkan mentol lampu LED retrofit yang pertama seumpamanya, khusus untuk lampu hadapan kereta.

Selain itu, syarikat tersebut turut mengeluarkan mentol lampu halogen, lampu sorot, pengelap dan juga hon. Mentol lampu LED retrofit terbaharu HELLA telah dilancarkan secara eksklusif bersama portal e-dagang automotif utama di Malaysia, auto2u.my.

Ini membolehkan para pelanggan untuk mendapatkan mentol LED baharu menerusi portal auto2u.my lebih awal, sebelum ia boleh didapati di mana-mana platform e-dagang lain.

Selain itu, pelanggan juga akan menikmati diskaun 25 peratus berserta hadiah percuma bernilai RM89.00 yang mengandungi bekas Thermo, kain serat mikro dan pelekat cukai jalan dengan menggunakan Kod PromoAUTO2U25” semasa Jualan Pra-Pelancaran HELLA dari 23 Ogos hingga 22 September 2022.

Pengurus Eksekutif Segmen Perniagaan Aftermarket Hella, Stefan van Dalen, berkata, kolaborasi bersama auto2u.my, membolehkan mereka menyasarkan peminat pemotoran dengan lebih tepat.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif auto2u.my, Jackie Wong, pula berkata pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan jenama Jerman terkenal seperti HELLA dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan mentol LED retrofit inovatif baharu ini ke pasaran.

Mentol LED ini direka untuk pemasangan terus, dengan ciri-ciri mudah, kompak dan menjimatkan. Reka bentuk mentol LED adalah berdasarkan soket mentol halogen yang merangkumi hampir 80 peratus hingga 90 peratus kereta di pasaran.

Reka bentuknya yang kompak serta bergaya, sekali gus memberikan keselesaan dan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penggantian. Dengan suhu warna 6500K, mentol ini memancarkan cahaya yang lebih terang dan lebih putih dengan jangka hayat yang lebih lama.

Untuk proses penyejukan, mentol LED ini dilengkapi dengan kipas dan pemacu terbina dalam. Melalui teknologi inovasi pencahayaan HELLA, cahaya yang dipancarkan mempunyai titik pemotongan yang baik, untuk pancaran cahaya yang berfokus dan tidak silau.

Selain itu, mentol ini juga menawarkan penyesuai CANbus pilihan untuk kereta yang memerlukan CANbus. Mentol ini direka untuk penjimatan dalam pelbagai aspek. Ia dihasilkan dan dijual pada harga yang berpatutan, dengan penggunaaan elektrik dan voltan yang lebih rendah.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Ini membolehkannya tahan lebih lama dengan tanpa perlu penggantian yang kerap. Secara teori, mentol LED ini mampu bertahan sehingga 50,000 jam pancaran cahaya 6500K (putih tulen).

HELLA mengekalkan piawaian industri kelengkapan lampu LED kereta, dengan kawalan kualiti ketat pada semua peralatan automotif dihasilkannya agar pelanggan mendapat kualiti yang terbaik.

Mentol LED Retrofit ini menawarkan kecerahan yang luar biasa dengan pengagihan cahaya yang optimum, supaya pemandu mendapat lebih banyak pencahayaan ketika memandu.

Penampilan bergaya dengan pancaran putih memberikan pelanggan kesan siang pada waktu malam dan lebih keselesaan semasa memandu. Ia bukan sahaja bergaya, tetapi direka secara inovatif untuk memberikan keselesaan kepada pemandu, dan juga trafik bertentangan.

Jangan lepaskan tawaran menarik ini! Jom beli sekarang di https://bit.ly/auto2u-hella-led-promo. Untuk maklumat lanjut mengenai mentol lampu LED retrofit HELLA, layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply