Kalau anda masih ingat, Proton pernah mempamerkan sebuah Satria Neo S2000 Concept di Plaza Angsana, Johor Bahru bersempena dengan Kejohanan Rali Malaysia pada tahun 2012.
Model konsep dengan berwarna kuning dengan pelekat grafik hitam itu yang dikuasakan oleh enjin Campro CPS dengan supercharger itu dikatakan mampu menjana daya kilas maksima 192Nm pada 5,900rpm.
Pada awalnya ia dikatakan bakal dikeluarkan dalam kuantiti terhad, iaitu sebanyak 300 unit, namun segalanya tidak menjadi kenyataan apabila projek tersebut telah pun ‘terkubur’ begitu sahaja.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Setelah sedekad berlalu, impian yang telah terkubur itu telah dihidupkan kembali oleh syarikat modifikasi tempatan, Dream Street Restoration (DSR).
Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya baru-baru ini, DSR memaklumkan pihaknya telah menghasilkan replika Aero Kit Proton Satria Neo S2000 Concept untuk memberi penghormatan kepada pemenang Kejuaraan Rali Asia Pasifik 2011, iaitu Satria Neo S2000.
Aero Kit penuh Proton Satria Neo S2000 Concept itu terdiri daripada beberapa komponen, antaranya:
- Bampar hadapan dan belakang
- Skirt sisi (2 unit)
- Gerbang fender (4 unit)
- Spoiler belakang
Kesemua komponen Aero Kit ini dihasilkan dari bahan Fiber Reinforced Resin (FRR) dan dijual pada harga RM4,665 (Aero Kit sahaja), tidak termasuk cat. DSR turut menawarkan harga promosi untuk pemilik Satria Neo yang ingin mengecat semula bahagian luaran kereta masing-masing.
Bagi yang berminat untuk menaik taraf Satria Neo dengan Aero Kit ini, mereka mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama tiga (3) bulan tanpa faedah dengan Atome untuk Aero Kit sahaja.
Untuk maklumat lanjut, hubungi DSR di talian 012-312 9567 atau boleh terus berkunjung ke premis mereka di alamat No:13, Jalan TS 6/4, Taman Perindustrian Subang, 47600 Subang Jaya, Selangor.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Dream Street Restoration
Proton Satria Neo S2000 Concept 2012
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI