ARKIB

KATEGORI

Info

Mesin kopi inspirasi dari blok enjin, untuk penggemar kopi dan peminat kereta!

Views

Tu dia! Lepas ini kalau ada kawan-kawan yang penggemar kopi dan peminat kereta nak kahwin, mesin pembancuh kopi ini mungkin boleh dijadikan hadiah perkahwinan mereka. Mesin ekspresso ini telah dicipta oleh syarikat Super Veloce dari Afrika Selatan.

Mesin kopi ini sengaja direka untuk menyerupai blok enjin, siap dengan kepala silinder aloi dan ekzos berkepala biru yang bukan untuk membuang sisa toksin dari enjin kereta, tetapi sebenarnya untuk mengalirkan air kopi yang lazat. Jangan pula anggap syarikat ini mengitar semula enjin lama untuk membuat mesin kopi ini tau!

Engine coffee machine 12

Untuk memastikan mesin ini nampak realistik seperti blok enjin sebenar, Super Veloce telah menggunakan bahan-bahan seperti aloi asli, keluli tahan karat dan titanium ringan. Bukan itu sahaja, mereka memberi pilihan konfigurasi enjin V8, V10 dan V12 sebagai pilihan. Pembeli juga boleh memilih enam warna yang menarik untuk penutup injap seperti hitam, emas, oren, kelabu gunmetal, merah dan biru.

Mesin ekspresso buatan Super Veloce sebenarnya bukannya murah. Kalau anda sanggup mengeluarkan RM53,667.94 (USD13,000) maknanya mesin ini boleh menjadi sebahagian aksesori ruang dapur anda. Itu mengikut kadar tukaran matawang semasa. Mungkin kafe atau kedai kopi hiptser sesuai membeli mesin ini untuk menjadi sebahagian daya tarikan dan keunikan premis anda!

Engine coffee machine 12 Engine coffee machine 11 Engine coffee machine 10 Engine coffee machine 8 Engine coffee machine 5 Engine coffee machine 1 Engine coffee machine 2 Engine coffee machine 4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply