Buat julung kalinya di Malaysia, Engear menggunakan kamera 360° untuk rakaman video pusing tinjau (walkaround) Peugeot 3008 dan 5008 SUV Plus 2019 yang telah dilancarkan baru-baru ini. Kedua-duanya dipasang secara tempatan (CKD) di Gurun, Kedah. Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu Active dan Allure.
Kedua-dua model ini ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Nera Black, Pearl White, Amazonite Grey dan Aster Grey. Setiap satu model mempunyai warna tambahan istimewa, Metallic Copper untuk 3008, manakala warna Emerald Crystal pula ditawarkan pada 5008.
Harga Peugeot 3008 dan 5008 SUV Plus 2019 mengikut varian (Harga atas jalan tanpa insuran):
- Peugeot 3008 Active – RM150,888
- Peugeot 3008 Allure – RM163,888
- Peugeot 5008 Active – RM166,888
- Peugeot 5008 Allure – RM179,888
Nasim Sdn Bhd turut menawarkan jaminan selama lima-tahun/120,000 km, termasuk pakej servis percuma tiga-tahun, Peugeot Assistance 24-Jam serta akses percuma ke SkyLounge Subang Skypark. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model Peugeot 3008 Plus, jom saksikan video ini.
Siap boleh pusing-pusing lagi wei! Jangan pening kepala sudah la ye.
JOM BACA >> Bezza berwajah baharu bakal tiba – Ini apa yang kami jangka berubah dan Perodua wajib perbaiki
Dah tengok ENGEAR – Episod 42 : “MESTI TONTON : Salesman Volkswagen R-Line Sembang Kunyit!” ke belum? Kalau belum boleh tonton video di bawah. Jangan lupa LIKE laman Facebook rasmi kami di Funtasticko.net dan ENGEAR serta jangan lupa SUBSCRIBE saluran YouTube ENGEAR. Percuma je tau!
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
Jika anda rasa video ini menarik, sila kongsikan dengan rakan-rakan. Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0</a
KOMEN TERKINI