Laman sesawang CarSifu.my melaporkan, model pemasangan tempatan (CKD) Proton X70 bakal menyaksikan penurunan harga dan dilancarkan pada bulan November 2019. Menurut AmInvestment Bank, pihak pengurusan DRB-Hicom telah memberi petunjuk bahawa terdapat pengurangan harga bagi SUV yang kian popular itu.
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
Selepas pelancaran Saga 2019, bank tersebut yakin Proton akan mengekalkan jualan yang kukuh sepanjang tahun 2019. Proton telah mencatatkan Jumlah Jualan Industri (TIV) sebanyak 8,590 unit pada bulan Julai dengan pegangan pasaran 16.5 peratus untuk bulan yang sama dan 15 peratus untuk keseluruhan tahun ini.
Sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini Proton telah mencatatkan jualan sebanyak 52,200 unit, meningkat 48 peratus dari tahun-ke-tahun. Syarikat itu juga telah berjaya merampas kembali tangga kedua carta TIV, mengatasi jenama Honda setelah tiga tahun.
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
Menurut laman permotoran Automachi.com, Proton akan memperkenalkan versi enjin 1.5 liter turbo dari keluarga Drive E yang digandingkan dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT. Ia akan ditawarkan dalam empat varian berbeza, sama seperti yang pernah kami ceritakan dalam artikel terdahulu.
- Standard 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
- Standard 2WD (enjin 1.5 liter Drive E turbo dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
- Executive 2WD (enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik)
- Executive 2WD (enjin 1.5 liter Drive E turbo dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
- Executive AWD (enjin 1.5 liter Drive E turbo dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
- Premium 2WD (enjin 1.5 liter Drive E turbo dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT)
Ketika ini Proton sedang melakukan ujian pengeluaran untuk model X70 CKD (namakod NL3) dan fasa pra-pengeluarannya dijangka akan bermula dalam masa yang terdekat. Nantikan info selanjutnya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
KOMEN TERKINI