ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Selang dua hari selepas risalahnya tertiris di laman sosial, akhirnya secara rasmi Perodua membuka tempahan bagi model hatchback Axia 2019 yang kini lebih nilai, lebih gaya dengan ciri keselamatan canggih. Perodua menawarkan enam varian untuk Axia 2019 – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE.

Harga tentatifnya bermula dari RM24,090 bagi varian E hingga RM43,190 untuk varian AV (harga atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia). Kesemua varian dikuasakan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang digabungkan dengan transmisi 5-kelajuan manual pada varian E dan transmisi 4-kelajuan automatik untuk varian yang lain.

JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Axia adalah intipati kepada matlamat Perodua, iaitu untuk menawarkan mobiliti yang mampu milik dan mudah buat semua. Sejak pelancaran pertamanya pada September 2014 lebih 380,000 unit telah berada di jalan raya.

Axia 2019 kini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) Perodua yang mula diperkenalkan pada model Aruz dan ia akan ditawarkan pada varian AV. ASA 2.0 terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Kenderaan Di Hadapan dan Kawalan Kesilapan Operasi Pedal.

Selain itu, semua varian dari GXtra dan ke atas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali E mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Daya Brek Elektronik (EBD).

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Perodua Axia menjadi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia semasa pelancarannya pada 2014. Kini, dengan kecekapan bahan api yang dinilai 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian baharu STYLE, ia kekal menjadi antara kenderaan yang paling cekap bahan api di negara ini.

Mengenai varian baharu STYLE, Datuk Zainal berkata, Perodua mengambil langkah baharu dengan Axia STYLE, ahli keluarga Axia baharu yang akan menampilkan keseronokan dan keaktifan gaya hidup anda. Axia 2019 akan muncul di ruang pameran tidak lama lagi dan didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

Berikut adalah senarai varian dan harga tentatif Perodua Axia 2019:

Perodua Axia 2019
VariantTransWarnaHarga tentatif atas jalan tanpa insurans SMsia
EMTIvory WhiteRM24,090
GATIvory

White

Glittering SilverMidnight BlueRM33,490
GXtraIvory WhiteGlittering SilverMidnight BlueLava RedRM34,990
STYLEIvory WhiteGlittering SilverMidnight BlueSunrise OrangeRM38,890
SEIvory WhiteGlittering SilverMidnight BlueLava RedRM38,890
AVIvory WhiteGlittering SilverMidnight BlueLava RedRM43,190

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply