Masa mula-mula dapat foto-foto ini menerusi rakan kami Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin, terus terdetik di hati alangkah baiknya jika Proton menghidupkan kembali legasi Saga Aeroback. Boleh dikatakan Saga Aeroback merupakan model yang ikonik dan ia sebenarnya adalah hasil cetusan ilham rakyat Malaysia sendiri.
Dalam artikel terdahulu kami paparkan versi hatchback dan ute (pikap) yang telah diolah secara digital oleh Theo dan ia telah mendapat banyak reaksi positif dari pembaca laman web kami. Kali ini beliau menggunakan kepakarannya dalam manipulasi digital untuk menghasilkan versi liftback atau Aeroback yang pada kami sangat sporty dan ranggi.
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
Menurutnya, perbezaan versi Aeroback ini dengan Saga versi sedan bermula dari tiang tengah (B) hingga ke belakang. Jarak gandarnya masih dikekalkan, namun pintu belakang dipendekkan (kerana pintu belakang sedan terlalu panjang). Paling ketara adalah perubahan pada bentuk lampu belakang yang serba baharu menggunakan jejalur LED yang bersambung terus.
Tiada lagi bar di tengah yang diganti dengan jejalur LED bersama pemantul cahaya. Abjad P R O T O N pula diposisikan sedikit ke atas dan berada di antara jejalur LED dan spoiler belakang. Pada kami ia nampak lebih kemas dan sekali imbas ia seakan dipengaruhi oleh gaya rekaan Geely Xing Yue (FY11). Bingkai tingkap kini telah dihitamkan sepenuhnya dan spoiler belakang turut dicat dengan warna hitam.
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
Tidak ketinggalan, kehadiran antena ‘sirip jerung’ menggantikan antena jenis ‘sengat lebah’ yang nampak lebih moden dan mengikut trend reka bentuk semasa. Asalnya, Theo cuba membuat versi kuning Funtasticko tetapi ia tidak berapa menjadi. Walaubagaimanapun, ia nampak lebih elegan dan mempunyai keunikannya yang tersendiri, seakan dibalut dengan pelekat yang berkilat, betul tak?
Apa pendapat anda mengenai gambaran digital terbaharu dari Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin ini? Kami suka, anda pula bagaimana?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
KOMEN TERKINI