ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

ARRC 2024: Dua pelumba negara naik podium di Zhuhai – Hafizh juara, Azlah Shah ketiga

Sukan Permotoran

Views

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menghadiahkan kemenangan sulung buat Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.

Ini selepas pelumba berusia 30 tahun itu berjaya mengungguli perlumbaan pertama pusingan kedua kategori Asia Superbike 1000cc di Litar Antarabangsa Zhuhai di China, semalam.

Hafizh yang bermula di petak hadapan mempamerkan tunggangan yang konsisten untuk menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau mengatasi pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar yang berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili TKKR BMW Racing Team di tempat ketiga.

Sebagai rekod, ini adalah kejuaraan pertama JDT Racing Team pada penampilan sulung dalam ARRC dan podium kedua pasukan itu selepas Hafizh meraih tempat ketiga ketika perlumbaan kedua pusingan pertama di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand.

Hafizh yang menggunakan jentera Ducati Panigale V4R mendedikasikan kejuaraan sulung itu kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail merangkap pemilik pasukan itu.

“Ia bukan perlumbaan yang mudah kerana pada tiga pusingan terakhir saya mengalami kesukaran untuk menghentikan jentera.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kami akan cuba untuk memperbaikinya untuk perlumbaan kedua esok dan jika ia lebih stabil, saya percaya boleh berlumba dengan lebih baik.

“Apa pun, ini adalah kejuaraan pertama untuk JDT, saya berterima kasih kepada pasukan dan saya semua yang menyokong saya terutama bos saya Tunku Mahkota Ismail, kejayaan ini adalah untuk baginda.

“Terima kasih juga kepada rakyat dan Malaysia yang menyokong saya. Ini juga untuk anak saya,” kata Hafizh ketika ditemubual selepas tamat perlumbaan.

Bekas pelumba MotoGP negara itu turut berharap dia dapat mengekalkan momentum dalam misi untuk memburu kejuaraan kedua dalam perlumbaan kedua, hari ini. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Asia Road Racing Championship

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply