ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Grafik siluet model EV pertama Proton mirip SUV PHEV, Geely Galaxy L7?

Spekulasi

Views

Baru-baru ini anak syarikat ProtonProton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah menjemput rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam meneka dan menyahkod jenama Proton EV yang terbaru.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah grafik ‘siluet model’ yang menjadi imej tumpuan utama dalam poster berkenaan.

Dengan melakukan sedikit kerja grafik dan beberapa sesi pemadanan imej, penulis mendapati grafik garisan siluet model itu sepadan dan lebih mirip kepada SUV PHEV jarak jauh Geely Galaxy L7.

Sebelum ini ada beberapa rakan media yang membuat andaian bahawa model EV pertama Proton adalah Geely Galaxy E5 memandangkan ia mempunyai dua versi, iaitu model pemanduan kiri (LHD) dan pemanduan kanan (RHD).

Namun setelah membuat pemadanan imej, ia ternyata berbeza dengan grafik garisan siluet yang ada. Persoalannya kini, adakah grafik poster tersebut memberi ‘petunjuk awal’ model EV pertama Proton atau ia sekadar gambaran umum semata-mata?

 

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penulis lebih cenderung mengatakan poster ini memberi petunjuk awal ‘genre‘ model EV pertama Proton yang merupakan sebuah SUV dan berkemungkinan ia adalah Geely Galaxy L7.

Ini hanyalah andaian penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau pun yang telah mati. Jadi terpulanglah kepada anda sama ada mahu mempercayainya atau pun tidak.

Untuk pengetahuan anda, produk Geely Galaxy dibangunkan daripada seni bina elektrik pintar khusus serta E-CMA, untuk rangkaian produk hibrid jarak jauh.

Model sulungnya, iaitu Galaxy L7 menampilkan gaya reka bentuk yang mengujakan dengan lampu depan jenis terpisah dan warna badan dwitona.

Dari segi dimensi, Galaxy L7 berukuran 4,700mm panjang, 1,905mm lebar, 1,685mm tinggi dan jarak tapak rodanya pula adalah 2,785mm.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model ini dikuasakan oleh rangkaian kuasa baharu NordThor Hybrid 8848 yang menggabungkan enjin petrol 1.5-liter turbo dengan transmisi hibrid 3-kelajuan (DHT) dan sama ada satu atau dua motor elektrik.

Ia ditawarkan dengan pilihan pacuan roda hadapan atau empat roda yang masing-masing menghasilkan output sebanyak 390 kuasa kuda dan 663 kuasa kuda.

Untuk versi pacuan empat roda, Geely mendakwa ia mampu mencecah kelajuan tertinggi 200 km/j, pecutan 0-100 dalam masa 7.5 saat, penggunaan bahan api 5.23L/100km, dan jarak pandu sejauh 1,370 kilometer.

Kokpit model ini menggunakan sistem operasi kenderaan pintar, Galaxy N-OS. yang dikuasakan oleh cip pemproses kenderaan Qualcomm Snapdragon 8155.

Sistem Galaxy N OS membolehkan masa permulaan dan masa tindak balas sistem terpantas dalam kelasnya, hanya 0.5 saat untuk mencapai keadaan sedia beroperasi.

Adakah Geely Galaxy L7 bakal ditukar lencana kepada Proton sebagai model EV pertama mereka? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply