ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petron Malaysia catat keuntungan kasar suku pertama RM179 juta

Berita Tempatan

Views

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) memulakan 2024 dengan positif apabila mencatat pertumbuhan dua angka dalam jumlah jualannya dengan pendapatannya melonjak kepada RM4.65 bilion pada suku pertama.

Pendapatan lebih tinggi yang menokok sebanyak 22 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu itu disokong prestasi lebih kukuh dari segmen perniagaan utamanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Prestasi kewangan yang diperoleh PMRMB itu turut menyaksikan kumpulan itu meraih keuntungan kasar sebanyak RM179 juta, meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya, dengan dipacu oleh pertumbuhan jualan namun diimbangi oleh crack penapisan serantau yang lebih rendah.

“Jumlah jualan syarikat mencapai 9.8 juta tong pada tiga bulan pertama, meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tahun yang lalu. “Peningkatan dalam segmen perniagaan runcit dan komersial telah menjadi pendorong utama untuk kenaikan ini.

“Di samping itu, ia turut disokong oleh program pengembangan rangkaian runcit yang berterusan di Petron, serta peningkatan pengeluaran yang lebih tinggi di Loji Penapisan Port Dickson,” kata PMRMB dalam satu kenyataan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengerusi PMRMB, Ramon S Ang berkata, prestasi yang ditonjolkan pada suku pertama menjadi permulaan yang baik pada 2024.

“Berpandukan asas perniagaan yang kukuh serta pengurusan risiko yang berhemah, strategi kami bukan sahaja merangkumi pengembangan rangkaian runcit, tetapi juga meliputi kecekapan operasi, dan pengurusan sumber.

“Faktor ini telah meletakkan kami di kedudukan yang baik untuk mengharungi cabaran industri dan mencapai kejayaan yang berterusan,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply