ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Motors Malaysia jual 5,792 unit Triton tahun lalu

Berita Tempatan

Views

Pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan kenaikan 2.4 peratus tahun-ke-tahun untuk model trak pikap Triton dari Januari hingga Disember 2019 dengan jualan sebanyak 5,792 unit, berbanding tempoh sama tahun 2018.

Segmen trak pikap mengalami penguncupan sebanyak 21 peratus pada 2019 akibat situasi ekonomi yang mencabar. Sungguh pun begitu, Triton telah menjadi satu-satunya jenama yang berjaya mencatat kenaikan positif dan mengembangkan jualan keseluruhan.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Ini sekali gus menjadikannya berada di tempat pertama dalam pertumbuhan jualan trak pikap di Malaysia, memperbaiki pegangan pasarannya dari 3.8 peratus kepada 16.5 peratus dari Januari hingga Disember 2019. Sejak pengenalan model baharu Triton pada awal tahun lalu, ia berjaya menyumbang sebanyak  71.2 peratus daripada perniagaan keseluruhan MMM.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia Tomoyuki Shinnishi berkata, MMM akan terus memberikan trak pikap dengan pengendalian terbaik dari model perdana, Triton Adventure X ke Triton Quest 4×2 bagi memenuhi keperluan kerja dan keperluan harian pelanggannya.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Tambah beliau, pencapaian terbaik syarikat tahun lalu antaranya berada pada kedudukan teratas dalam Indeks Perkhidmatan Pelanggan Malaysia (CSI) Kajian Pasaran Massa J.D. Power 2019. Ia merupakan tahun kedua berturut-turut mereka berada pada kedudukan pertama dan kekal dalam senarai tiga teratas selama lima tahun berturut-turut.

Pada Januari 2019, MMM melancarkan Triton baharu yang menampilkan rekaan berkonsepkan Dynamic Shield’ dengan kualiti yang dipertingkat, ciri-ciri keselamatan tercanggih dan meneruskan legasinya sebagai trak pikap dengan pengendalian terbaik.

MMM telah memperkenalkan model spesifikasi tertinggi Triton Adventure X dan Triton AT Premium yang dinaik taraf pada November 2019 dengan penambahan aksesori. Mereka turut melancarkan Triton Quest baharu dan edisi terhad Triton Knight untuk melengkapkan barisan model Triton. Mitsubishi Triton masih lagi satu-satunya trak pikap yang ditawarkan dengan waranti sehingga 200,000KM atau 5 Tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply