ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nujum Pak Carlos Ghosn ramal Nissan bakal muflis dalam tempoh dua atau tiga tahun

Berita Global

Views

Mantan CEO Nissan yang kini menjadi buruan oleh pihak berkuasa Jepun, Carlos Ghosn meramalkan syarikat automotif itu akan bankrap dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang. Itu kata peguam belanya yang juga merupakan pengkritik sistem keadilan Jepun, Nobuo Gohara menerusi satu sesi wawancara khas.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Ghosn yang lari dari Jepun, meramalkan perkara tersebut pada tahun lalu dalam sesi perbualan khas mengenai penahanan dan pendakwaan terhadapnya. Gohara dan Ghosn dikatakan pernah bersua muka sebanyak lima kali sepanjang tempoh dua bulan sebelum Ghosn ‘menghilangkan diri’.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Walaubagaimanapun, Gohara berkata Ghosn tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai ramalan tersebut. Kata Gohara lagi, mereka bertemu kali terakhir dua hari sebelum Ghosn berjaya meloloskan diri ke Beirut.

Mungkin ada benarnya kata-kata Ghosn kerana Nissan kini bergelut dengan penurunan jualan kenderaan terutama sekali di China dan Eropah. Syarikat itu juga telah mengurangkan ramalan keuntungan dan jualan untuk tahun fiskal semasa dan berkata ia bakal memberhentikan kira-kira 12,500 pekerja di seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply