ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton generasi keenam dilancarkan – Lima varian termasuk single-cab, harga dari RM101,980

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini secara rasminya melancarkan model trak pikap Mitsubishi Triton generasi keenam ke pasaran tempatan.

Model serba baharu yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand itu ditawarkan dalam lima pilihan varian, dengan harga jualan seperti berikut:

  • Triton MT Single-Cab – RM101,980
  • Triton MT – RM114,980
  • Triton AT GL – RM126,980
  • Triton AT Premium – RM145,980
  • Triton AT Athlete – RM165,980

Harga pengenalan untuk Triton baharu ini hanya sah untuk pendaftaran selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024.

Untuk warna luaran, Triton baharu ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Jet Black Mica (hitam), White Diamond (putih) dan warna baharu Yamabuki Orange (jingga).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, generasi keenam Triton serba baharu direka semula sepenuhnya dari bahagian luar dan dalam kepada casis, kerangka tangga dan juga enjin.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Triton baharu menampilkan penggayaan luaran dengan bahasa reka bentuk ‘Beast Mode‘ dengan rekaan kabin yang sporty menawarkan kefungsian dan kebolehkendalian yang sangat baik.

Dari segi dimensi, Triton baharu berukuran 5,360 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,815 mm tinggi dengan jarak tapak roda 3,130 mm. Jarak lega permukaannya pula berukuran 222 mm.

Ia dibina berasaskan casis kerangka-mega yang baharu dibangunkan untuk memberikan ketahanan dan keandalan.

Pilihan rangkaian kuasa pula terdiri daripada enjin serba baharu 4-silinder turbodiesel 4N16 dengan turbo berkembar yang menjana 201 kuasa kuda dan 470 Nm daya kilas untuk varian Athlete.

Untuk varian lain pula, ia dikuasakan oleh enjin 2.4 liter 4-silinder turbodiesel yang dipertingkatkan daripada generasi terdahulu yang mampu menjana 181 kuasa kuda dan 430 Nm daya kilas.

Pilihan transmisi automatik atau manual 6-kelajuan dengan teknologi shift-by-wire pula ditawarkan mengikut varian.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Varian Athlete dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda Super-Select 4WD-II yang menawarkan sehingga tujuh mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Gravel, Snow, Mud, Sand dan Rock.

Varian mercu ini juga ditawarkan dengan Kawalan Oleng Aktif, manakala varian lain dilengkapi dengan sistem Easy-Select 4WD yang standard.

Dari segi keselamatan, Triton baharu didatangkan dengan Kawalan Kestabilan & Kawalan Cengkaman Aktif (ASTC) sebagai ciri  standard.

Varian Triton Premium dan Athlete menerima tambahan ciri bantuan keselamatan Mitsubishi Advanced Safety yang merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCM)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Amaran Lintasan Belakang (RCTA)
  • Kawalan Menurun (HDC)
  • Bantuan Mendaki (HSA)

Mitsubishi Motors Malaysia menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan untuk varian Triton Athlete, manakala varian AT Premium, AT GL, dan MT pula hadir dengan jaminan 5 tahun atau 200,000 km (yang mana terdahulu).

Bukan itu sahaja, 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan Triton serba baharu menerusi Bilik Pameran Dalam Talian Mitsubishi akan menerima kotak storan boleh lipat 60 liter eksklusif bernilai RM450.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply