Sebuah sedan elektrik misteri dari BYD yang sebelum ini tidak diketahui telah didedahkan oleh portal rasmi Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.
Apa yang menarik, model tersebut dikenali sebagai e7. Meskipun model EV pertama BYD dinamakan e6, syarikat itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak menggunakan nama “e” kecuali untuk pasaran eksport.
Nama e5 sebelum ini telah pun digunakan sebagai versi elektrik sepenuhnya yang lebih murah bagi generasi pertama Qin. Ini juga mungkin memberikan petunjuk tentang penetapan harga bagi model baharu ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Terdapat dua versi yang telah didedahkan oleh portal MIIT. Satu dengan berat tanpa muatan 1,499 kg manakala satu lagi 1,566 kg.
Dari segi dimensi, BYD e7 mempunyai ukuran 4,780 mm panjang, 1,900 mm lebar, dan 1,515 mm tinggi. Jarak tapak rodanya pula berukuran 2,820 mm.
Ukuran dimensi ini hampir sama dengan model Seal, iaitu 4,800 mm panjang, 1,875 mm lebar,1,460 mm tinggi dengan jarak tapak roda 2,920 mm. Bukan itu sahaja, e7 mempunyai penampilan yang hampir seiras dengan Seal.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Besar kemungkinan e7 adalah versi Seal yang lebih ringkas dan murah. Paling ketara adalah penggunaan pemegang pintu gaya tradisional berbanding jenis tersembunyi, selain rim bersaiz 16 inci yang semestinya akan mengurangkan kos pengeluaran.
Kedua-dua versi dipacu oleh motor elektrik TZ180XSJ dengan kuasa sebanyak 100 kW, yang cukup untuk memberikan kelajuan maksimum 150 km/j.
Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai kapasiti baterinya, namun ia dijangka bakal menggunakan ‘bateri bilah’ litium besi fosfat dari BYD.
Model e5 sebahagian besarnya disasarkan sebagai kereta teksi atau perkhidmatan e-hailing, dan ini memberi petunjuk bahawa e7 turut mempunyai tujuan yang sama. – CarNewsChina
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI