ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model SUV elektrik konsep, Mazda 創 Arata buat kemunculan di Auto China 2024

Berita Global

Views

Mazda membawa dua model untuk dipertontonkan semasa Auto China 2024, di Beijing dan salah satu daripadanya adalah model SUV elektrik konsep yang dikenali sebagai Mazda 創 Arata.

Pengeluarannya dijangka bermula mejelang akhir tahun 2025. 創 Arata dibangunkan oleh Changan Mazda, syarikat usaha sama 50:50 antara Changan Automobile dan Mazda yang ditubuhkan pada penghunjung tahun 2012.

Tanda dagang nama “EZ-60” telah pun didaftarkan di China dan berkemungkinan besar ia akan diguna pakai pada versi produksinya nanti.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

創 Arata dalam bahasa Jepun membawa maksud “baharu” atau “segar”. Versi produksinya nanti (EZ-60) berkemungkinan besar berkongsi asas yang sama dengan Changan Deepal S7.

Walau bagaimanapun, ia buka sekadar pertukaran lencana dan ia bakal menampilkan gaya reka bentuk yang berbeza. Model SUV juga menampilkan bahasa rekaan “Kodo” dengan rekaan jeriji yang bercahaya.

Model konsep ini menggunakan kamera bagi menggantikan cermin sisi, pemegang pintu tersorok dan pengelap cermin belakang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Spoiler bumbungnya agak besar dan ia turut menempatkan lampu brek ketiga yang disusun secara menegak.

Buat masa ini, Mazda masih beum membuat sebarang keputusan sama ada untuk memasarkan SUV ini di luar negara China.

Ini mungkin langkah seterusnya bagi pengeluar kereta tersebut untuk ke arah eletrifikasi bagi ‘meneruskan kelangsungan hidup’.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply