ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas dan Faisal Halim belanja ‘abang rambut perang’ motosikal baharu, yang ketiga bakal menyusul

Berita Tempatan

Views

Pengorbanan ‘abang rambut perang’, Derrick Gan menjual Yamaha 135LCnya untuk mendapatkan dana bagi menyaksikan Piala Asia 2023 terbalas selepas dia menerima dua motosikal baharu yang dihadiahkan oleh Modenas dan Faisal Halim.

Motosikal yang pertama adalah model skuter Karisma 125S sumbangan daripada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dengan kerjasama sebuah stesen radio swasta tempatan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Skuter Karisma 125S itu telah disampaikan kepada Derrick, sejurus dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam kelmarin.

Tonggak utama Harimau Malaya, Faisal Halim turut mengotakan janjinya dengan menghadiahkan motosikal Yamaha 135LC baharu kepada Derrick dalam satu majlis ringkas yang berlangsung semalam.

Duta kepada Blast Active itu berkata, beliau rasa terharu, teruja dan agak sedih apabila melihat Derrick menangis semasa aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di antara Malaysia dan Korea Selatan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menerusi video pendek di Instagram Story Blast Active, Faisal dilihat menyerahkan sendiri motosikal itu selain mengucapkan terima kasih kepada Derrick yang sanggup menjual motosikalnya untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaysia di Piala Asia.

Derrick dijangka akan menerima sebuah lagi motosikal selepas seorang individu, Ahmad Alhafiz Najmi, 33, bermurah hati mahu menghadiahkan motosikal Honda RS150 yang dianggarkan bernilai RM6,000 kepadanya.

Menerusi laporan sebelum ini, pemilik Ahmad Motorworks itu berkata, keputusannya memberikan motosikal itu disebabkan semangat ditunjukkan Derrick yang sanggup menjual motosikal miliknya demi mencari dana ke Qatar. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ERA (Malaysia) dan JDTFC

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply