ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Commerce capai jumlah pengeluaran pinjaman tertinggi pada 2023, sasar prestasi lebih cemerlang tahun ini

Berita Tempatan

Views

Proton Commerce Sdn Bhd (Proton Commerce) turut menerima mendapat manfaat daripada pertumbuhan dalam jualan Proton dan mencapai jumlah pengeluaran pinjaman yang tertinggi pada tahun 2023.

Proton telah menjual sebanyak 154,611 unit kenderaan pada 2023, yang merupakan jualan tertinggi syarikat sejak 2012 dan turut kekal sebagai jenama kedua teratas dalam carta industri automotif negara.

Kerjasama antara Proton Edar dan CIMB, Proton Commerce menyediakan penyelesaian pembiayaan untuk pembeli kenderaan Proton dan prestasi syarikat mencerminkan trajektori meningkat jualan Proton sejak lima tahun lalu.

Oleh itu, Syarikat menyasarkan untuk mencapai prestasi lebih tinggi pada 2024 kerana ia berusaha untuk menjadi pembiaya nombor satu kenderaan Proton.

Sepanjang tahun 2023, Proton Commerce mengeluarkan sejumlah 27,288 pinjaman kepada pembeli Proton, satu jumlah pengeluaran tertinggi yang direkodkan sejak penubuhannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Lapan daripada dua belas bulan telah menyaksikan lebih daripada 2,000 pengeluaran, dengan pencapaian bulan Mac tertinggi iaitu sebanyak 2,934, angka yang dicapai kerana menghantar tempahan yang dibuat dalam tempoh insentif PENJANA.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce, Mooi Fi Phang, pegangan pasaran tahunan syarikat telah menunjukkan trajektori menaik yang stabil, meningkat secara beransur-ansur daripada 9 peratus pada tahun 2018, kepada 18 peratus menjelang akhir tahun 2023.

Tambah beliau, dalam bulan Januari dan Mac 2023, kedudukan pasaran syarikat telah meletakkannya sebagai entiti kedua terbesar dari segi pegangan pasaran dalam tempoh ini.

Satu pencapaian terulung untuk Proton Commerce pada tahun lalu ialah memperoleh statusnya sebagai pembiaya utama untuk model terlaris Proton, iaitu Saga.

Sejak suku keempat tahun 2021, syarikat secara konsisten memegang kedudukan teratas untuk model itu, dan pada tahun 2023, 61 peratus daripada jumlah pengeluaran pinjaman adalah untuk Proton Saga.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mengulas mengenai pencapaian itu, Mooi berkata, momentum pertumbuhan telah ditetapkan pada 2022 walaupun menghadapi cabaran pada awal tahun.

Proton Commerce menunjukkan daya tahan, melakukan pemulihan untuk mencatat rekod baharu dalam pengeluaran pada 2022 dan momentum yang berterusan sehingga 2023 dengan pertumbuhan sebanyak 21 peratus.

Memandangkan 2024 menandakan Ulang Tahun ke-20 Proton Commerce, syarikat telah menyediakan pelan strategik untuk meningkatkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi dengan memanfaatkan populariti rangkaian model Proton sedia ada, serta jangkaan peningkatan permintaan untuk model S70.

Tambah Mooi lagi, pihaknya berhasrat untuk naik ke kedudukan pembiaya Proton terulung, di samping menjaminkan kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan.

Pihaknya juga akan menawarkan pakej kewangan yang kompetitif untuk model terbaharu Proton seperti X90 dan S70 serta smart #1.

Dengan pembiayaan kadar tetap, pelanggan boleh yakin dengan pembayaran bulanan yang konsisten, memberikan kemudahan kepada mereka yang menunggu kenderaan Proton mereka dan memudahkan pengurusan bajet yang lebih baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply