ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat anggota trafik minta pelancong UK bayar saman RM100

Tular

Views

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan tindakan seorang anggota polis trafik yang menawarkan saman kepada pelancong di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya mengesan satu klip video tular di YouTube mengenai tindakan anggota trafik menawarkan bayaran di lokasi kejadian ke atas pasangan warga United Kingdom.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut serta pihak polis tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat.

“Kita akan memaklumkan perkembangan siasatan dan tindakan lanjut yang akan diambil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular satu video di YouTube ‘THREAD the globe‘ memaparkan pasangan pelancong dari United Kingdom yang dikenali sebagai ‘UK Van Lifers‘ disaman anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pasangan pelancong yang menaiki sebuah van itu telah ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak.

Dalam video itu, anggota polis trafik dilihat memberitahu pasangan terbabit bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (km) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 km.

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply