ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas Karisma 125 S baharu rupanya ‘rebadged’ Motoposh Evo 125, betul ke?

Berita Tempatan

Views

Semalam, laman Facebook rasmi Modenas mula menyiarkan video acah model terbaharu mereka, iaitu skuter Karisma 125 S serba baharu.

Model yang bakal dilancarkan secara maya menerusi FB LIVE mereka pada 24 Februari 2022, jam 8 malam menjadi bualan ramai warganet.

Rata-rata memuji reka bentuk skuter tersebut yang kelihatan lebih bergaya dan trendy berbanding model terdahulu.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Tidak kurang pula, ada di kalangan ‘pembawang’ yang berjaya membongkar ‘susur-galur salasilah keluarga’ skuter tersebut. Menurut risikan mereka, model tersebut asalnya dari model skuter keluaran Motoposh Philippines, iaitu Motoposh Evo 125.

Paling menarik, Filipina bukanlah negara asal skuter tersebut, kerana ia sebenarnya berasal dari negara ‘Tembok Besar’ iaitu China, di bawah jenama Lucky Star (model Lucky Star Theo 125).

Model skuter yang boleh dikatakan versi ‘copy ori’ Honda Vario ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 124.6cc jenis karburetor dengan sistem transmisi automatik.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Enjin ini mampu menjana 7.5 kuasa kuda pada 7,500rpm dengan 7.3Nm daya kilas pada 6,000rpm. Ia menggunakan sistem penghidup enjin jenis elektrik dan juga tendang.

Kapasiti tangki bahan bakarnya juga agak besar, iaitu 5.5 liter. Bakal Karisma 125 S baharu ini mempunyai dimensi jarak antara roda 1,270mm.

Antara ciri menarik skuter ini adalah panel meter separa digital, slot pengecasan USB, lampu signal nyalaan bergerak dan lampu siang jenis LED, lampu kompartmen barang, sistem brek Combi dan penderia pencucuhan pada tongkat sisi.

Sebenarnya, Motoposh Evo 125 juga mempunyai satu lagi versi dengan kapasiti enjin lebih besar, iaitu  Motoposh Evo 150. Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan brek depan jenis cakera dan brek belakang dram.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply