ARKIB

KATEGORI

Buletin

Takashi Obata kini Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor yang baharu

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor menerusi satu kenyataan media mengumumkan pelantikan Takashi Obata sebagai Timbalan Pengerusi baharunya berkuat kuasa 1 Februari 2022. Beliau memiliki 30 tahun pengalaman bersama Toyota Motor Corporation.

Sebagai individu yang penting dalam Perancangan Produk syarikat dalam bahagian Perancangan Jualan & Operasi, beliau telah bertanggungjawab ke atas perancangan produk pelbagai model jenama Toyota untuk pasaran global, sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ujarnya, beliau amat berbesar hati kerana telah diamanahkan untuk mengemudi perniagaan Toyota di Malaysia bersama-sama Presiden UMW Toyota Motor, Encik Ravindran K. Beliau dalam masa yang sama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Akio Takeyama kerana meninggalkan legasi yang hebat semasa berada di sini.

Kata Akio Takeyama, beliau amat bertuah kerana diberi keistimewaan untuk berkhidmat di Malaysia selama dua penggal. Dibawah kepimpinannya, UMW Toyota Motor telah mengecapi banyak pencapaian penting termasuk pelancaran kilang pembuatan tercanggihnya di Bukit Raja yang kini diiktiraf sebagai kilang kualiti dan produktiviti Toyota No.1 di Asia.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Selain itu, beliau turut menstruktur semula rangkaian jualan dan perkhidmatan di seluruh Malaysia, memperkenalkan GAZOO Racing dan merampas semula gelaran sebagai jenama automotif bukan nasional No.1 selepas enam tahun, serta berjaya memperkenalkan banyak model baharu Toyota.

Bagi Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K., beliau amat berterima kasih kepada ‘Takeyama-san’ atas segala pencapaian mereka sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di mana ramai pelanggan Toyota yang berasa gembira dan berpuas hati.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat ‘Obata-san’ dan berharap dapat bekerjasam dengannya untuk terus mendorong jenama Toyota ke tahap yang lebih baharu dan mencapai lebih banyak kejayaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply