ARKIB

KATEGORI

Buletin

Panik gara-gara sesat jalan, punca pemandu Suzuki Alto masuk laluan motosikal

Tular

Views

Seorang pemandu kereta Suzuki Alto yang tular memasuki laluan motosikal di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di Shah Alam, Rabu lalu bertindak demikian akibat panik selepas dia tersesat jalan.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 7.24 malam dan kereta itu dipandu seorang wanita warga emas berusia 69 tahun.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Katanya, ketika kejadian pemandu yang menetap di Banting sedang menuju ke rumah anak saudaranya di sekitar Pandamaran, Klang.

Namun, setibanya di Kilometer 31.1 Kesas dari arah Klang menghala Kuala Lumpur, wanita berkenaan tersesat jalan dan panik. Dia kemudian mahu membuat pusingan u namun tersalah memasuki laluan motosikal.

Jelas Ramsay, pemandu itu yang menyedari tersalah jalan kemudiannya berhenti dan mengundurkan kenderaan dengan perlahan sebelum memasuki laluan yang betul di lebuh raya itu.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Dia kemudiannya berhenti di tepi jalan dan menghubungi anak saudaranya untuk mengambilnya di kawasan tersebut.

Katanya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan dengan kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 49 saat memaparkan sebuah kereta lain nyaris melanggar Alto dipandu wanita warga emas itu yang bertindak memasuki laluan motosikal, sebelum berhenti selepas dihon beberapa penunggang motosikal yang menggunakan laluan yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply