ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas perkenal program e-keahlian baharu, lebih banyak ganjaran menanti

Berita Tempatan

Views

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) hari ini memperkenalkan program e-keahlian baharu dengan lebih faedah dan ganjaran bagi memenuhi kehendak dan gaya hidup pelanggannya.

Buat ahli-ahli yang baharu, ini antara faedah yang bakal menanti:

  • E-baucar alat ganti tulen bernilai sehingga RM15 yang boleh ditebus di eShop Modenas.
  • Diskaun 15 peratus untuk pembelian alat ganti tulen di mana-mana Pusat Servis Modenas.
  • E-baucar RM10 sekiranya berjaya mendaftar atau membawa rakan sebagai ahli baharu, Kelab Keahlian Modenas yang boleh ditebus di eShop Modenas.
  • Diskaun e-baucar khas pada hari lahir
  • Bantuan tunda kerosakan 24 jam percuma dalam jarak lingkungan 100km pergi dan balik ke pusat servis Modenas berhampiran. (sehingga 4 kali bantuan / tahun).

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Bagi pendaftaran baharu akan dikenakan surcaj sebanyak RM60 dan yuran tahunan RM40 bagi memperbaharui keahlian.

80 ahli terawal yang memperbaharui keahlian akan menerima baucar aiskrim Baskin Robbins bernilai RM34, manakala 225 ahli yang berikutnya pula akan menerima baucar Single Jr.Scoop bernilai RM8.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, dengan program keahlian baharu ini pihaknya menyasarkan 1,000 ahli baharu pada suku kedua tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tambahnya, dengan lonjakan jumlah jualan bagi motosikal Modenas di pasaran bersama rakan baharu Kawasaki, tidak mustahil bagi syarikat untuk mencapai sasaran ini.

Ahli sedia ada kini boleh memperbaharui atau memohon e-kad keahlian mereka di mana-mana Pusat Servis Modenas seluruh negara atau membuat pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang www.modenas.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Careline Modenas di 1-800-880-181 atau hantarkan Whatsapp ke nombor 019-570 8135.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply