ARKIB

KATEGORI

Buletin

Montezemolo rasmi Muzium Ferrari

Views

IMG_001

Pada 11hb Jun yang lalu Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo telah merasmikan Muzium Ferrari berwajah baharu di Maranello. Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden Piero Ferrari, Pengarah Urusan Amedeo Felisa dan Datuk Bandar Maranello Lucia Bursi.

Bangunan tersebut telah diubahsuai sepenuhnya dari segi kelengkapan dan susun atur, ruang pameran tetap yang mempamerkan sejarah gemilang Scuderia, ruang pameran sementara yang menarik bukan sahaja untuk peminat tetapi juga kepada orang ramai.

“Muzium ini merupakan satu cara yang penting untuk menunjukkan kepada orang awam sejarah dan budaya syarikat yang memberi tumpuan kepada masa depan. Saya amat gembira untuk melihat bahawa begitu ramai pengunjung datang dari luar negara. Saya amat berpuas hati dengan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan ini.” kata Montezemolo.

Antara kereta yang dipamerkan adalah model 275 GTB4 yang dimiliki oleh Steve McQueen, Mondial T Cabrio yang dipandu oleh Al Pacino dalam filem “The Scent of a Woman” selain koleksi menakjubkan daripada pengumpul Amerika, diinspirasikan daripada model LM 330 dan model yang digunakan oleh Federico Fellini dalam filem “Spirits of the Dead”.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply