ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nyaris gilis penunggang motosikal, pemandu treler wanita didenda RM6,000

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu treler wanita didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di Klang hari ini selepas mengaku bersalah memandu tanpa cermat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas seorang penunggang motosikal, 24 November lalu.

Utusan Online melaporkan, Majistret, Amirul Asyraf Abd. Rashid turut memerintahkan hukuman penjara enam bulan sekiranya orang kena saman (OKS), Noor Haffizza Che Ani gagal membayar denda tersebut.

Amirul turut memerintahkan lesen memandu Noor Haffizza, 35, disemak sebelum diserahkan semula kepadanya.

Berdasarkan pertuduhan, Noor Haffizza yang masih bujang itu didakwa memandu lori treler di atas jalan raya tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan kepada Mohamad Iftiqar Mohamad Amran, 29, pada pukul 8.30 pagi, 24 November lalu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kawasan stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, di Klang dan dituduh mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara sehingga 12 bulan. Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika OKS sedang membuat pusingan ‘U’ di dalam kawasan stesen minyak.

Dia telah melanggar seorang lelaki yang sedang mengepam angin tayar motosikal yang berada di hadapannya. Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit tertolak ke kiri dan terjatuh sebelum mengalami kecederaan.

Terdahulu dalam rayuannya, Noor Haffizza memohon mahkamah memberikan denda yang lebih rendah kerana menanggung ibu yang sakit terlantar.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dia memohon lesen memandu tidak ditarik kerana ia merupakan sumber rezeki bagi menanggung ibu yang sakit terlantar.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ Ayuni Jamri bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi memberikan pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu treler terbabit nyaris menggilis pemuda yang sedang mengepam angin tayar motosikalnya di sebuah stesen minyak tular, enam hari lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao dilaporkan berkata, pemandu wanita terbabit telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada petang hari kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply