ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Moto3: Damok raih mata berharga buat PETRONAS Sprinta Racing

Sukan Permotoran

Views

Pelumba berbakat negara, Syarifuddin Azman menyumbang mata berharga buat pasukan PETRONAS Sprinta Racing selepas menamatkan perlumbaan Kejuaraan Dunia kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Aragon di tempat ke-13, di Alcaniz, Sepanyol semalam.

Berita Harian melaporkan, pelumba berusia 19 tahun yang terkenal dengan panggilan ‘Damok‘ itu bermula di kedudukan ke-21 melonjak ke kedudukan 19 di dua pusingan pertama perlumbaan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Bersaing sengit dengan pelumba-pelumba lain, beliau terus memperbaiki kedudukannya pada separuh perlumbaan dan kekal kompetitif hingga menamatkan perlumbaan pertamanya di pentas MotoGP dengan keputusan memberangsangkan.

Syarifuddin mengambil alih tempat John McPhee yang beralih ke Moto2, ketinggalan 9.645 saat kepada juara dari Itali, Dennis Foggia mewakili pasukan Leopard Racing yang merekodkan 37 minit 53.710s.

Denis Oncu dan Ayumu Sasaki, kedua-duanya dari pasukan Red Bull KTM Tech 3. Pelumba kelahiran Selangor itu gembira kerana diberi peluang untuk beraksi buat pertama kalinya dalam MotoGP di GP Aragon.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, ia adalah perlumbaan yang sukar tapi dalam setiap pusingan saya cuba mengikuti rapat pelumba lain, belajar dari mereka dan memintas ke depan jika ada peluang. Agak menakutkan ketika memotong pelumba-pelumba hebat kejuaraan dunia, tapi beliau berpuas hati berjaya melakukannya.

Rakan sepasukannya, Darryn Binder yang bermula di petak hadapan bagaimanapun terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan meraih sembilan mata pada GP Aragon kali ini.

Pelumba Afrika Selatan itu kekal di tempat keenam dengan 104 mata manakala Syarifuddin di kedudukan ke-28 dengan tiga mata. Kedua-dua pelumba akan beraksi di GP San Marino pada 17 hingga 19 September ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Syarifuddin Azman #Damok

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply