ARKIB

KATEGORI

Buletin

MRL akan kaji titah Sultan Kelantan yang mahu projek ECRL disambung ke Rantau Panjang

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan akan mengkaji berhubung titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, bagaimanapun memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke nanti.

“Tentunya perkara ini (sambungan ERCL ke Rantau Panjang) dalam kajian,” katanya ringkas kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Media sebelum ini melaporkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berharap projek ECRL dapat disambung sehingga ke Rantau Panjang.

Baginda bertitah, ia bertujuan bagi memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan selain mampu mengukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Thailand.

Selain itu, Darwis berkata, pembinaan projek ECRL di Kelantan disifatkan paling mudah termasuk dalam urusan pengambilan tanah dan sehingga kini segala urusan pengambilan tanah di negeri itu sudah selesai sepenuhnya.

Katanya, kerja pembinaan ECRL di Kelantan sudah mencapai kemajuan sebanyak 75.8 peratus setakat ini dan keseluruhan jajaran di negeri itu membabitkan sepanjang 43 kilometer (km).

Kemajuan keseluruhan projek ECRL yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai 62.40 peratus setakat bulan lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027.

“Jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap pada Disember 2027,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembinaan projek ECRL sepanjang 665 (km) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion, pembinaan 41 terowong sepanjang lebih 62 km serta pembinaan jejambat sejauh 150 km.

Sementara itu ketika ditanya berhubung harga tiket yang akan dikenakan, Darwis memaklumkan perkara itu belum dibincangkan setakat ini.

Ujar beliau, harga tiket akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan dan beliau yakin harga yang akan dikenakan adalah berpatutan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dato’ Dr Izani Husin

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply