ARKIB

KATEGORI

Tular

Terpaksa undur lori, elak dirempuh gajah liar

Tular

Views
@kopi_ais48 tkpa dh kalau laguni#fypシ #bukitgrik #gajah ♬ Usir Ketakutan – Fai kencrut

Seorang lelaki terkejut apabila seekor gajah liar tiba-tiba mengejar kenderaan yang dipandunya dalam kejadian di Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli kelmarin.

Menerusi perkongsian video tular di laman TikTok @eykal, gajah liar bersaiz dewasa itu mula mengejar lori yang dipandunya yang kebetulan menghala tepat ke arah gajah tersebut.

Bagaimanapun,sejurus melihat gajah yang menghala tepat ke arahnya, dia segera mengundur lorinya untuk mengelak dirempuh mamalia tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selepas lebih kurang 100 meter, haiwan tersebut mula memperlahankan langkahnya meninggalkan kenderaan tersebut sebelum kembali semula ke bahu jalan.

“Kelihatan sebuah Toyota Hilux juga sempat memotong di bahagian hadapan kenderaannya semasa dia sedang dikejar gajah tersebut,” ujar lelaki tersebut.

Kemunculan gajah liar di lebuh raya ini sememangnya sudah tidak asing lagi kerana habitat asal mereka sememangnya di situ.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tinjaun Kosmo! di ruangan komen, ada yang berpendapat gajah tersebut hanya ingin ‘menyapa’ sahaja dan bukan membuat onar.

“Kalau bukan kerana bahaya, sis boleh katakan ini adalah antara best moment (momen terbaik)..bayangkan gajah tu lari mari dekat kita,” komen N/r_11.

“Telinga dia goyang-goyang boleh wat kira (runding) lagi, kalau telinga dia keras, jangan buat main-main,” ujar Wan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply