ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Dia bawa lori macam mana Man, itu ayah kau…’

Tular

Views

“Dia bawa lori macam mana Man, itu ayah kau Man… ayah kau… dia tak tengok orang ke,” itu raungan pilu seorang wanita dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan maut di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di Jasin, pada Isnin.

Suasana pilu itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ia tular di media sosial.

Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam meraung kepada seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya ketika berada di tempat kejadian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Video berkenaan turut memaparkan beberapa anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan pemandu kereta jenis Proton Wira yang terperosok di bawah treler.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terperosok di bawah sebuah treler.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Wak Joe’ meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati treler yang dipandu seorang warga emas berusia 60 tahun dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar menghala ke Lipat Kajang.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kenderaan berat itu telah keluar dari simpang manakala kereta dipandu mangsa dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak lalu melanggar bahagian tengah treler terbabit.

Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply