ARKIB

KATEGORI

Buletin

Multi-Code Electronics rasmi pembinaan MCE Auto Hub, dijangka siap menjelang akhir tahun ini

Berita Tempatan

Views

MCE Holdings Bhd (MCE) melalui anak syarikat milik penuhnya, Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd, peneraju dalam pengeluaran peralatan asal (OEM) bagi komponen elektronik automotif dan mekatronik, baru-baru ini telah merasmikan majlis pembinaan kilang pengeluaran baharu MCE Auto Hub di Serendah.

Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar (359,370 kaki persegi), fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan awal sebanyak RM50 juta.

Apabila siap nanti, hab itu bakal menjadi kilang pengeluaran utama MCE yang akan meningkatkan kapasitinya bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap komponen dan sistem elektronik yang canggih dalam kenderaan jenis enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).

Pelaburan strategik ini mencerminkan komitmen MCE dalam menangani keperluan kereta generasi akan datang yang sentiasa berkembang, terutamanya dalam penghasilan komponen elektronik automotif yang canggih seperti sistem inforia kokpit, paparan digital, serta pelbagai komponen lain untuk kenderaan enjin ICE dan EV.

Majlis yang telah diadakan di Taman Pembuatan Nilai Tinggi UMW ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tengku Zafrul Aziz dalam ucapan perasmiannya berkata, pembangunan MCE Auto Hub akan dapat mempertingkat pertumbuhan sektor ini yang pada ketika ini menyumbang sekitar RM40 bilion kepada KDNK negara sambil menyediakan 700,000 pekerjaan.

Namun, apa yang lebih penting adalah MCE Auto Hub bakal menjadi peneraju pengeluaran elektronik automotif di rantau ini sambil menjadikan Malaysia tarikan yang lebih besar buat pelabur automotif. Ini juga selari dengan wawasan yang digariskan di dalam dasar utama seperti NIMP2030 dan Dasar Automotif Nasional.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, pihaknya amat menghargai pelaburan bernilai tinggi dari MCE kerana ia akan menyokong ekosistem EV dalam negara ini.

Selain itu, pengeluaran komponen elektronik automotif dalam negara bakal menjanjikan penjanaan pekerjaan yang besar dan meningkatkan tahap daya saing OEM automotif di peringkat tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan MCE, Dr Goh Kar Chun pula berkata, MITI, MIDA, MARii, dan semua pihak berkuasa tempatan telah memberikan sokongan yang luar biasa dan bimbingan yang tidak ternilai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Komitmen mereka dalam memelihara dan memberikan galakan kepada sektor pembuatan automotif tempatan
adalah penting kepada kejayaan syarikat.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi perniagaan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Kedudukan kilang yang berdekatan ini membolehkan syarikat berkolaborasi dengan lebih baik dan membantu mereka mengeratkan lagi kerjasama bagi mewujudkan sebuah ekosistem elektronik automotif tempatan yang mantap.

Peralihan ini memerlukan persekitaran pembuatan yang lebih ketat dan berteknologi maju, selaras dengan trend digitalisasi global dan pasaran EV yang berkembang pesat.

Tuntasnya, komitmen MCE dalam inovasi dan pertumbuhan dapat dilihat melalui jumlah pelaburan bagi fasiliti pembuatan baharu ini yang dijangka mencecah RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pembinaan fasa pertama kilang baharu itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini, dengan operasi dijadualkan bermula pada 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply