ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar umum penjenamaan semula, sasar jadi platform kereta terpakai No.1 di Asia Tenggara

Berita Tempatan

Views

myTukar mengumumkan inisiatif penjenamaan semula, bagi mencerminkan kekukuhan jenama sebagai sebahagian daripada rangkaian serantau CARRO.

Penjenamaan semula ini merangkumi rupa dan skema warna baharu, yang direka bagi menzahirkan visi dan hala tuju syarikat induknya ke arah menjadi platform kereta terpakai No.1 di Asia Tenggara serta rantau lain.

Inisiatif ini bakal menjadi titik permulaan kepada pelbagai perubahan untuk terus menyuntik nafas baharu ke dalam industri kereta terpakai yang berkembang pesat. Malah, kempen pertama myTukar yang disokong oleh Carro bakal dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar Derrick Eng, berkata, menerusi usaha kolektif sebagai sebuah syarikat, bersama dengan rakan kongsi, pengedar dan pelanggan, myTukar telah mewujudkan pasaran kereta terpakai yang lebih mudah diakses, telus dan boleh dipercayai.

Penambahbaikan myTukar bukan sekadar tentang penjenamaan semula dn pihaknya telah menyepadukan keupayaan, perniagaan, kecerdasan data dan pengetahuan teknikal dengan syarikat induk, CARRO bagi membawa nilai yang lebih kepada semua pelanggan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama CARRO, Aaron Tan pula berkata, dengan menyelaraskan dan menyatukan identiti serta nilai teras jenama kedua-dua pihak, mereka sangat teruja untuk menyertai perjalanan myTukar

Bagi memenuhi peningkatan permintaan ini myTukar menganjurkan satu lagi pameran automotif di pusat pameran utamanya, myTukar Retail Experience Centre, Puchong South.

Pameran ini berlangsung selama tiga hari dari 1 hingga 3 Julai ini, dijangka akan menarik lebih 6,000 pengunjung yang berpeluang mendapat akses kepada lebih 1,000 kereta Pra-Milik yang disahkan myTukar.

Untuk menjadikan proses pembelian lebih unik bagi pelanggan mereka, myTukar bakal memperkenalkan kumpulan trak flatbed untuk menghantar kenderaan terus ke depan pintu rumah pelanggan, di mana sahaja mereka berada.

Sepanjang pameran ini, pelanggan dapat memperoleh nilai tukar beli untuk kenderaan mereka dengan segera, menikmati kadar faedah pinjaman serendah 1.88 peratus serta mendapat kelulusan pinjaman dan serahan kereta pada hari yang sama.

Beberapa institusi perbankan yang menyertai pameran ini ialah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, dan Genie Financial Services, penyedia perkhidmatan kewangan myTukar.

Pengumuman penjenamaan semula myTukar adalah seiring dengan pertumbuhan pesat jenama secara digital dan perkembangannya di seluruh negara baru-baru ini.

Selama beberapa tahun, jumlah transaksi syarikat telah meningkat sebanyak 63 peratus bagi borong, 260 peratus secara runcit, manakala hasil bersih telah meningkat sebanyak 89 peratus.

 

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Selari dengan strategi myTukar untuk memacu pertumbuhan dan jualan, penjenamaan semula ini bertujuan mendekatkan syarikat dengan pengguna dan bersiap siaga untuk pengembangan seterusnya di seluruh negara.

Sementara menantikan pelancaran rasmi penjenamaan semula myTukar, kotak-kotak jingga besar dengan kod QR telah diletakkan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Bermula di Plentong, Johor Bahru semasa Pameran Auto myTukar 2022, kemudian di Lembah Klang di The Starhill, One Utama, dan IOI City Mall, serta di Pulau Pinang di Gurney Plaza dan kini di Pusat Pengalaman Peruncitan myTukar, di Puchong.

Kotak mudah alih turut kelihatan di Ipoh, Taiping, Alor Setar, Johor, dan Pulau Pinang. Kotak-kotak jingga ini menawarkan peluang kepada peserta-peserta bertuah untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000.

Semakin ramai orang mengimbas kod, hadiah lebih menarik akan ‘dibebaskan’, sekali gus menyuntik semangat komuniti dalam usaha mereka untuk ‘membebaskan’ dan memenangi hadiah-hadiah terhebat.

Sejak ditubuhkan pada 2018, myTukar hari ini telah berkembang menjadi satu pasaran dalam talian yang menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif bagi semua aspek pemilikan kereta, dengan lebih 4,000 penjual.

Platform digital jenama itu membolehkan pengguna membeli atau menjual kenderaan secara mudah dan selesa dari rumah. Selain menyatukan pembeli dan penjual di seluruh negara, myTukar turut menyediakan pelbagai perkhidmatan selepas jualan seperti insurans, servis kenderaan, dan sebagainya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply