Sejak 15 November lalu Perodua telah menyiarkan iklan korporat terbaharu mereka berjudul “We Go Beyond” menerusi saluran laman YouTube dan juga Facebook rasmi mereka. Iklan tersebut memaparkan suasana di tempat kerja yang mengikut norma baharu dan serta beberapa fasiliti di dalam kawasan kilang seperti kilang pengeluaran, studio reka bentuk, taska, kafeteria dan juga masjid.
Sebenarnya, kami lebih tertarik pada babak awal dalam video tersebut yang memaparkan individu yang memegang watak sebagai pereka yang sedang membuat lakaran. Kelihatan ada beberapa lakaran kasar dan mata kami tertumpu kepada lukisan garisan bentuk asas sebuah model hatchback kompak yang kelihatan seperti Myvi.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
Mungkinkah ia sebagai usikan awal untuk memberi petanda yang Myvi facelift akan tiba pada tahun depan? Mungkin juga ia tiada kaitan langsung dengan mana-mana model, sekadar paparan visual semata-mata. Namun, jika dikira kitaran hayat, sememangnya sudah tiba waktunya untuk Myvi diberikan beberapa penambahbaikan dan wajah yang lebih segar.
Untuk tahun 2020, Perodua hanya memperkenalkan warna baharu Electric Blue dan mempertingkatkan model Myvi dengan menawarkan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) ditawarkan pada 1.5 AV dan 1.5 H, serta ditawarkan secara pilihan pada 1.3 X.
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
Jika tidak kerana angkara COVID-19, mungkin Myvi facelift akan muncul lebih awal termasuk pengenalan beberapa varian tambahan seperti STYLE dan GT. Kami menjangkakan Myvi facelift akan diperkenalkan pada suku kedua atau ketiga tahun depan, untuk memberi laluan kepada model SUV kompak D55L membuat kemunculan terlebih dahulu.
Dijangka SUV tersebut akan dilancarkan pada suku pertama 2021 dan kini ia mungkin berada di fasa pra-pengeluaran. Kami akan cuba mendapatkan info terkini mengenai D55L dari semasa ke semasa. Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
KOMEN TERKINI