ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi facelift sah dilancarkan Khamis ini (18 November) jam 9 malam

Berita Tempatan

Views

Nampaknya informasi yang kami war-warkan dalam artikel terdahulu mengenai tarikh pelancaran Myvi facelift pada 18 November sekali lagi tepat, kerana Perodua telah mengesahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya malam tadi.

Menurut Perodua, majlis pelancaran Myvi facelift akan berlangsung bermula jam 9.00 malam dan ia akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosialnya, Facebook, YouTube, Instagram dan juga Twitter.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Tempahan model ini telah pun mula dibuka sejak 9 November yang lalu, manakala akaun Facebook rasmi Perodua semakin ‘rancak’ menyiarkan foto serta video acahnya bagi menghangatkan lagi ketibaan model di gelar “King” ini.

Myvi facelift akan ditawarkan dalam lima varian, antaranya 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G. Kesemua varian hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua telah menghentikan transmisi manual daripada barisannya.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan mempunyai sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terkini, direka dengan mengutamakan keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

Myvi facelift ini juga turut memperkenalkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanya ditawarkan untuk varian AV. Warna lain termasuk Ivory WhiteGlittering SilverLava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Julat harga bagi Myvi facelift ini ialah dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans). Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply