ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teksi motosikal tak akan diperkenal – Kementerian Pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan tidak akan memperkenal perkhidmatan teksi motosikal, selepas mengambil kira pelbagai aspek, keselamatan dan kebajikan penumpang.

Menurut Berita Harian, Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong, berkata ini disebabkan kadar yang sangat tinggi bagi nahas jalan raya, termasuk kematian atau kecederaan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Jelasnya, isu melibatkan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan jalan juga menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius dalam kalangan pengguna motosikal sedia ada.

Kementerian akan meneruskan kajian secara berterusan bagi menilai semua aspek berkaitan perkhidmatan ini sebelum sebarang hala tuju mengenai perkara ini dipertimbang kelak.

Beliau menjawab soalan Larry Soon (Bebas-Julau) mengenai rancangan menyeluruh untuk menjadikan perkhidmatan teksi motosikal sebagai pelengkap perkhidmatan awam baharu, pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Henry berkata, keputusan itu dimuktamadkan kerajaan berdasarkan statistik kemalangan jalan raya dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, pada 2019.

Ujarnya, penunggang motosikal ialah kumpulan paling tinggi menjadi mangsa nahas jalan raya mewakili 64 peratus daripada jumlah kematian tahun itu.

Katanya, angka ini melebihi 3,900 kes kematian berbanding 6,167 jumlah kematian direkodkan pada 2019. Tambah beliau lagi, kerajaan berdasarkan statistik ini menangguhkan keputusan berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply