ARKIB

KATEGORI

Buletin

Filem pendek Hari Raya Proton tampilkan S70 dan pelakon terkenal tanahair

Berita Tempatan

Views
PROTON X Little Joe Raya 2024 Syurgaku

Proton telah mengadakan tayangan perdana filem pendek Hari Raya terbaharunya semasa majlis berbuka puasa bersama media semalam.

Filem ini dihasilkan dengan kerjasama Elite Definition Sdn Bhd, pengedar eksklusif untuk penyegar udara jenama Little Joe di Malaysia.

Model sedan segmen-C popular syarikat, Proton S70 dan salah satu cawangan 3S/4S terkemukanya turut membuat penampilan dalam filem pendek ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan masa tayangan hampir 22 minit, ia menampilkan pelakon popular Malaysia antaranya Shaheizy Sam, Sharifah Amani dan Fauziah Ahmad Daud di bawah arahan pelakon dan pengarah tempatan, Pekin Ibrahim.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata, pihaknya memutuskan untuk bekerjasama dengan Little Joe untuk menghasilkan filem pendek Hari Raya tahun ini selepas melakukannya secara bersendirian selama dua tahun.

Membuat penampilan sulungnya pada tahun 2022, dua edisi pertama filem pendek Hari Raya Proton berkisarkan tema yang dikenali peminat Proton.

Filem pertama adalah berdasarkan lagu Hari Raya Proton lama, manakala filem tahun lalu memaparkan kisah Sarjan Ismail Jaafar, pencipta nama Proton Saga sempena sambutan ulang tahun ke-40nya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Untuk tahun 2024, jalan ceritanya berkisar pada tema yang lebih umum mengenai masa bersama keluarga, pengorbanan yang dilakukan serta kehilangan semasa sambutan Hari Raya.

Pada masa yang sama, terdapat perincian halus terhadap ciri unik Proton S70 serta kemudahan yang boleh didapati di pusat servis 3S/4S Proton.

Tambah Roslan, tema untuk filem Hari Raya tahun ini lebih ‘sejagat’ (universal) dan berkaitan kepada situasi dunia sebenar yang dihadapi ramai setiap hari.

Ujar beiau lagi, masih terdapat sudut komersial dengan sorotan untuk produk dan perkhidmatan tetapi secara keseluruhannya, pihaknya percaya penonton pasti tidak akan ragu ini adalah filem pendek berasaskan Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply