ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas Elmina: Ketidakupayaan, faktor fisiologi juruterbang bukan punca

Berita Tempatan

Views

Laporan Awal Nahas Kemalangan Udara Elmina yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini menyebut bahawa faktor ketidakupayaan dan fisiologi juruterbang diketepikan sebagai punca nahas membabitkan pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 pada 17 Ogos lalu.

Menurut laporan itu, kedua-dua juruterbang mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius, berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit pesawat itu juga telah selesai dan analisis sedang dijalankan, dengan transkrip hanya akan dimasukkan dalam laporan akhir jika perlu.

Sehubungan itu, kementerian itu menjelaskan punca nahas pesawat terbabit hanya akan didedahkan dalam laporan akhir.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut laporan awal itu, pesawat jenis Beechcraft Premier 1 mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggarakan mengikut peraturan.

Pesawat itu juga mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

Laporan awal itu bagaimanapun, berkata pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

Kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik dengan jarak penglihatan 10 kilometer.

Terdahulu, laporan awal nahas itu dimuat naik ke dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan, pada jam 10 pagi tadi.

Siasatan ke atas nahas yang mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu itu dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tiada bulu burung, objek asing ditemui pada enjin kanan pesawat

Tiada objek asing, bulu burung atau mana-mana bahan ditemui dalam komponen enjin kiri dan kanan pesawat Beechcraft 390 Premier 1.

Laporan awal nahas itu menyebut, enjin sebelah kanan pesawat itu terpecah kepada tiga segmen yang berbeza iaitu kipas; pemasangan sarung kipas dengan bilah Tekanan Perantaraan (IP) dan Alat Pemampat Tekanan Tinggi dan Bahagian Panas.

Siasatan juga mendapati alat penghidup, Unit Hidromekanikal (HMU) dan kotak gear semuanya sudah tercabut. Bagaimanapun, Injap Tekanan Rendah (LP) masih kekal sebahagiannya pada kipas yang terpisah daripada enjin.

Sisa-sisa pemutar masih ada di tempatnya manakala injap LP terpisah dan dilihat terpusing ke arah bertentangan daripada arah putaran asal. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply