ARKIB

KATEGORI

Buletin

BLH Motor pecah rekod Shopee Live – Terima lebih 50 tempahan motosikal dalam masa 8 jam ‘strim’ secara langsung!

Berita Tempatan

Views

Pengedar motosikal di Melaka, BLH Motor menutup kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat yang berlangsung dari 7 hingga 9 September dengan cukup cemerlang.

Syarikat tersebut telah berjaya memecah rekod dengan memperoleh lebih 50 tempahan motosikal jenis 125cc ke 155cc, mengatasi jumlah pesanan pada hari biasa iaitu 15 kali ganda dalam tempoh lapan jam ber’strim’ secara langsung.

Ini kali pertama BLH Motor mengadakan strim langsung 9.9 Hari Pembelian Hebat dan meraih 17,000 keterlibatan pengguna yang mencapai golongan Generasi Z yang mahir digital.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sambil menghiburkan penonton, kempen strim langsung turut menawarkan diskaun RM799, eksklusif sewaktu strim langsung yang berlangsung pada 7 dan 8 September.

Dalam masa yang sama, BLH Motor turut mendidik pembeli tentang ciri-ciri motosikal popular Yamaha Y15ZR, Yamaha Y16ZR, Yamaha LC135, dan Yamaha Ego Avantiz.

Semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat, penonton turut ‘menyambar’ baucar diskaun eksklusif untuk strim langsung sebanyak RM999 untuk tempahan motosikal berharga RM9,999 ke atas.

Menurut jurucakap BLH Motor, pihaknya tidak tak pernah terfikir untuk menjual motorsikal di strim langsung. Pengalaman tersebut memberi didikan yang menyeronokkan dan membuka mata mereka.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, berkata pihaknya amat gembira apabila penjual yang baharu di Shopee Live membuat eksperimen dan mencapai prestasi baik di saluran ini.

Kejayaan kempen ini telah mendorong BLH Motor untuk melakukan lebih banyak strim langsung pada masa hadapan.

Sementara itu, BLH Motor menzahirkan penghargaan mereka terhadap penyokong Shopee 9.9 yang membuatkan kempen Shopee Live mereka suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Syarikat itu berhasrat untuk menjadi pengedar motorsikal boleh dipercayai untuk pelbagai jenis jenama seperti Yamaha, Honda, SYM, Benelli, Modenas dan WMoto, di samping menyediakan khidmat dan pembaikan serta alat ganti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply