ARKIB

KATEGORI

Tular

Nak memotong pun tak lepas, tindakan geng ‘hobi mahal’ ini terima kecaman warganet

Tular

Views
@agishabib Hobi Kami Mahal,Kedelamatan Diabaikan.#fypシ #bahagiaitusederhana ♬ original sound – AlHabib

Tindakan sekumpulan penunggang basikal berkonvoi bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya lain, malah turut membahayakan diri sendiri.

Menurut KOSMO! ONLINE, ini kerana mereka bukan sahaja berkonvoi dalam kelompok besar, malah turut menggunakan sebahagian jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan lain untuk memotong.

Menerusi satu perkongsian klip video di laman sosial, kumpulan berbasikal tersebut seolah-olah tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain walaupun ada kenderaan mengekori dari belakang.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Lebih membahayakan, laluan yang digunakan mereka itu sempit, berselekoh malah ada sesetengah mereka menunggang secara beriringan.

Menurut perakam, dia kesal dengan tindakan kumpulan tersebut kerana telah mengabaikan aspek keselamatan serta menganggu laluan pengguna jalan raya yang lain.

“Tengok geng-geng hobi mahal ni, macam manalah aku nak potong (memotong), sudahnya aku sekali kena ikut dari belakang.

“Sepatutnya kalau konvoi seramai ini perlu ada pengiringlah depan belakang. Aku bawa kereta tak sampai 40 (km/j), kalau memotong tak lepas konvoi ini panjang macam kena potong empat buah treler” ujarnya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh video itu dirakam. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan konvoi berbasikal itu kerana ia menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

“Paling meluat tengok geng-geng ni, menyusahkan padahal banyak lagi tempat yang selamat untuk kayuh basikal,” tulis Yus Rie.

“Tak perlu pengiring,mereka kena pecah dan sebaris, memudahkn kereta lalu, kalau macam tu dia sukar kereta nak potong. Harap penunggang basikal lebih prihatin,” kata Amiesta Kuzami. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Clement Sim.

“#JPJMalaysia sila ambil perhatian tentang perkara ini, mengganggu dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Aktiviti berbasikal ramai-ramai macam ini agak tidak sesuai dilakukan di kawasan jalan raya, amat bahaya,” ujarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply