ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton Knight Coupe: Evolusi Proton Saga Knight, inspirasi dari kereta lumba Super Saga

Impresi Artis

Views

Agak lama juga kami tidak menyiarkan hasil karya daripada Beruang Laut atau Beardesign, kan? Karya Proton Iriz versi modifikasinya beberapa tahun yang lalu pernah disiarkan menerusi slot Kini Trending Astro Awani.

Semalam, Beruang Laut atau nama sebenarnya Khairul Anwar Tumingan kembali dengan karya terbaharunya, yang diberi nama Proton Knight Coupe.

Menurutnya, Proton Knight Coupe dalam bentuk rekaan 3 dimensi (3D) ini adalah berdasarkan model Saga Knight yang popular pada penghujung era 80-an.

Mungkin ramai generasi milenia tidak mengenali model ‘ikonik’ ini, namun bagi mereka yang ada pada era tersebut pasti akan mengimbau kembali nostalgia aksi tangkasnya yang dipandu dengan dua tayar sahaja kan?

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Reka bentuk luaran Proton Knight Coupe ini pula diinspirasikan daripada kereta lumba Super Saga pada awal 90-an yang pernah ‘menggegarkan’ Litar Lumba Batu Tiga, Shah Alam.

Kata Beruang Laut, dia cuba untuk mengekalkan identiti reka bentuk asal model Saga Knight dan turut menyuntik elemen moden pada karyanya itu.

Ukuran dimensi Proton Knight Coupe ini adalah berpandukan kepada jarak antara gandar model sedan global pertama Proton, iaitu Prevé.

Dari segi reka bentuk luaran, Proton Knight Coupe masih mengekalkan rekaan klasiknya yang banyak menggunakan garis badan yang lurus dan elemen bersudut tepat.

Untuk menyerlahkan semangat kesukanannya, fender sisi depan dan belakang Proton Knight Coupe kelihatan sedikit mengembang dan ini merupakan inspirasi daripada jentera lumba Super Saga.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bentuk lampu asal Saga Knight juga masih kelihatan, namun ia diolah supada kelihatan lebih moden dengan susunan jejalur LED yang berlapis. Bentuk jeriji dan juga logo asal Proton pada zaman itu turut dikekalkan.

Di belakang, ia menampilkan rekaan lampu LED berbentuk kiub kecil yang unik, diffuser pada bampar, corong ekzos berkembar yang disusun bertingkat, spoiler besar dan pelindung cermin belakang yang memberikan gaya sporty.

Tidak dilupakan, rim aloi kemasan dwitona berbentuk seperti kelopak Bunga Raya. Sebenarnya, apa yang menarik perhatian kami adalah rekaan kabinnya yang berkonsepkan retro moden.

Ia masih mengekalkan keaslian reka bentuk papan pemuka model asal Saga Knight, dan diberikan nafas baharu dengan elemen kereta moden seperti panel meter digital, paparan unit infohibur jenis terapung, stereng dua jejari dengan paddle shift, serta tombol gear yang unik.

Kombinasi tona kelabu gelap, krom kusam dan hitam berkilat memang ‘ngam’ sangat-sangat, sekali gus melengkapkan gaya maskulin Proton Knight Coupe ini. Di bawah hud pula, kelihatan ia disumbat dengan enjin 2.0 liter Turbo.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Beruang Laut dan msfracing.com

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply