ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak tengok aksi ‘Car Limbo’ dan ‘Two-Step’? Jom ke ‘Motor Maniac Rebound 2022’, Sabtu ini!

Berita Tempatan

Views

Motor Maniac, jenama gaya hidup permotoran di bawah naungan Bateriku (M) Sdn Bhd (Bateriku.com) kembali menganjurkan acara ‘Motor Maniac Rebound 2022’ untuk edisi tahun ini.

Ia bakal berlangsung di tempat letak kereta, Stesen MRT Kwasa Damansara pada hari Sabtu, 5 November 2022 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Menurut Don Motor Maniac, Mikhail Faizi atau lebih dikenali sebagai Mike, Motor Maniac ditubuhkan pada tahun 2019 untuk membuat kandungan berkaitan ‘car enthusiast, car society & car culture’.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Motor Maniac turut menyertai banyak acara permotoran sebelum menganjurkan acara tahunannya sendiri buat kali pertama pada 25 November 2019 di stesen LRT Glenmarie, Shah Alam.

Pada ketika itu, sebanyak 200 kereta daripada pelbagai kelab kereta telah turut serta dan hampir 5,000 pengunjung telah hadir ke acara tahunan pertama Motor Maniac.

Setelah lebih dua tahun menyepi berikutan pandemik, Motor Maniac kembali dengan skala lebih besar dan turut dimeriahkan dengan penyertaan lebih daripada 700 kereta yang telah mendaftarkan diri.

Pelbagai aktiviti bakal menanti para pengunjung, termasuklah pertandingan ‘Best Engine Bay‘, ‘Best Interior‘, ‘Best Concept Car‘, dan juga pertandingan ‘Car Limbo‘ dan ‘Two-Step‘ yang julung kalinya diadakan di Malaysia.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sebagai Rakan Rasmi Utama, Bateriku.com turut menyediakan rangkaian perkhidmatan bantuan pinggir jalan untuk pelanggan Allianz di seluruh negara.

Bateriku.com turut menyertai gerakan ‘Rasuah Busters‘ bersama-sama Allianz untuk memerangi gejala rasuah dalam semua lapisan masyarakat.

Allianz General pula akan mempamerkan kenderaan dan aset Allianz Road Rangers dan Perkhidmatan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak.

Motor Maniac Rebound 2022 turut mengetengahkan dua syarikat pemula, Fourteen Flags, jenama pengeluar topi dan Thread Division, syarikat pengeluar dan pereka baju berjenama yang akan menjual karya eksklusif mereka di sana.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply