ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton diumumkan sebagai salah satu kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19, Hangzhou 2022

Berita Tempatan

Views

Proton dengan bangganya mengumumkan yang jenama itu telah dinamakan sebagai salah satu kenderaan rasmi sempena Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022. Ini berikutan hubungannya dengan Geely Auto Group yang merupakan Rakan Kongsi Prestij Rasmi temasya sukan terbesar di rantau itu.

Pengiktirafan ini bukan sekadar memberikan Proton peluang untuk menyokong acara yang bakal berlangsung di Hangzhou, dalam wilayah Zhejiang, China, dari 10 hingga 25 September 2022, bahkan ia juga bakal meningkatkan imej jenamanya di seluruh Asia.

Semua model terkini Proton, iaitu Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 dan X70, akan digunakan sebagai kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Proton turut menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong acara sukan itu kerana atlit-atlit negara bakal memberikan persembahan terbaik mereka di Sukan Asia.

Sehubungan itu, Proton akan melancarkan kempen nasional untuk membina keterujaan menjelang acara tersebut, dengan meraikan semangat kesukanan di kalangan rakyat dan menonjolkan peranan sukan dalam memupuk perpaduan, selain dari mempromosikan aktiviti kecergasan dan sukan.

Kempen ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan di antara Proton dengan orang ramai, selaras dengan slogan acara tahun ini – “Heart to Heart, @Future”.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, Sukan Asia bakal memberikan platform penting buat jenama nasional itu dan matlamat mereka adalah untuk menghubungkan semua lapisan masyarakat bagi memberikan sokongan buat atlit-atlit negara.

Buat permulaan, pihaknya melancarkan “Peraduan Proton Ignite Your Life” di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah apabila mereka menempah dan mendaftar samada Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 ataupun X70 bermula dari 1 Februari hingga 31 Julai 2022.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuklah Hadiah Utama perjalanan eksklusif ke Hangzhou untuk merasai acara secara langsung, serta hadiah bulanan seperti e-baucar untuk produk sukan.

Nantikan perkembangan terkini mengenai promosi dan activiti baharu sempena Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 melalui saluran media sosial Proton, di Facebook (@ProtonCarsOfficial) dan Instagram (@protoncars).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply